X-LEAGUE : SELAMAT DATANG F-TUNED

X-LEAGUE : SELAMAT DATANG F-TUNED
News

ftunedxleague3

Dengan berbesar hati, kami ingin mengumumkan bahawa rakan baru dalam menganjurkan perlumbaan X-League pada tahun 2016 ialah F-Tuned Racing Suspension. Penglibatan mereka pasti akan merancakkan lagi perjalanan X-League Battle Series untuk 4 pusingan ini.

ftunedxleague
Sesi tandatangan kerjasama antara F-Tuned dan X-League

“Kami memilih X-League Battle Series kerana memang menjadi tradisi F-Tuned untuk menyokong acara-acara permotoran tempatan. Ignition.my merupakan suatu penganjur yang menerapkan makna sebenar grassroot dan kami sangat berbangga dapat bekerjasama dengan satu pasukan yang mantap”, Wan Ahmad Farouk yang sangat teruja dengan kerjasama ini amat berharap dapat meningkatkan lagi kualiti produknya dan merancakkan industri permotoran negara, “Ya, tidak dinafikan dengan corak perlumbaan x-league yang bersifat pantas ini pasti akan memberi idea baru untuk memantapkan produk kami agar ianya dapat diaplikasikan dalam semua jenis corak perlumbaan.”

Maka dengan penglibatan mereka sudah pasti memeriahkan lagi acara ini secara khasnya dan industri permotoran secara amnya. Malah dengan penyertaan mereka dalam acara julung kali dilaksanakan sudah pasti meningkatkan lagi imej dan pemasaran mereka dalam arena permotoran negara.

ftunedxleague2

SELAMAT DATANG F-TUNED RACING SUSPENSION.