CONTROL TYRES : TOYO TYRES

CONTROL TYRES : TOYO TYRES
News

MSF-Toyo-Ad2016b

Malaysia Speed Festival Racing Series dengan ini mengumumkan Toyo Tyres sebagai tayar kawalan untuk siri perlumbaan tahun ini. Tayar kawalan ini hanya dikuat-kuasa pada kategori Saga Cup, Super 1500 NA, Proton 1800 NA, Street 1600 Limited, Street Tuned, Superstreet, Race Cars Class 3 dan Race Cars Class 2 sahaja. Bagi kategori RaceCars Class Open boleh menggunakan jenama lain tetapi Semi-slicks sahaja. Bagi kategori Special Kei boleh menggunakan tayar jenama lain tapi semi-slicks tapi tertakluk dengan saiz iaitu 185/60-13

Proses pembelian sepertimana tertera di dalam gambar diatas. Para pelumba hanya boleh membelinya di Speedy LMC Performance Engineering dan Ignition.my sahaja jika untuk mendapatkan harga ini.

Para pelumba perlu membayar dahulu di kedua-dua tempat ini. Pihak kami akan memproses tempahan anda setiap hari ISNIN dan anda boleh mengambil tayar-tayar anda di dua tempat ini hanya pada hari JUMAAT sahaja.

(*ini bermakna jika anda membuat bayaran sebagai contoh pada hari Khamis tetap kami akan memproses tempahan anda pada hari Isnin)

HARGA

Harga bagi tayar-tayar tersebut seperti mana yang tertera di dalam gambar diatas.

NOMBOR TELEFON :

Speedy LMC Performance Engineering
019-371 3741

Ignition.My
017-4772852

MSF RACING 2016