Faiz Sulaiman : “Guna Apa Yang Ada Dan Lawan!”

msfpromo1

Siapa yang tidak kenal dengan jentera AE80 dengan nombor 80 yang besar tertera di tepi pintu ini? Pantas, pernah membuatkan beberapa jentera Street Tuned pada tahun 2014 balik termenung pandang siling hanya kerana catatan masa mereka lebih pantas dari sesetengah jentera 1.8! Tahun 2015 apabila kategori baru Street 1600 Ltd diperkenalkan mereka antara calon kegemaran untuk mengungguli sebagai johan keseluruhan. Namun terpaksa berpuas hati ditempat kedua apabila ada satu pusingan kecundang kerana mengalami masalah gear box. Tahun ini gandingan Faiz Sulaiman dan Fadhlan sekali lagi akan mencuba nasib dan memberikan saingan hebat.

promomsf1.2.1Faiz : “Tahun ini untuk pusingan pertama kami mengambil beberapa langkah persediaan. Kami lebih tumpukan aspek handling dan cooling system buat enjin. Penggunaan tayar Toyo T1R sudah pasti corak kawalan berbeza pada 2 tahun lepas dan dengan perubahan besar Turn 15 membuatkan kami lebih berhati-hati dalam membuat sebarang perubahan terhadap enjin. Berbeza SNF kita berlumba pada waktu malam, suasana sejuk tapi MSF Racing berlumba pada waktu siang sudah pasti suhu panas menjadi cabaran.”

Faiz Sulaiman dan Fadhlan sudah pasti mahu memastikan jentera mereka berada dalam keadaan terbaik untuk memberikan saingan dalam kategori ini. Save the date 5/6/2016 di Litar Antarabangsa Sepang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *