Proton 1800, Perseteruan Sengit, Selangkah Menjadi Juara

Bagi peminat Proton Satria, Putra dan Wira yang bernadikan enjin 4G93 NA, inilah kategori yang wajib anda datang dan saksikan persaingan yang amat sengit. Pada 1 Disember 2018 di Litar Antarabangsa Sepang akan berlangsungnya pusingan akhir siri perlumbaan terbesar di dalam tanah air, Malaysia Speed Festival bermula dari jam 9:00 pagi hingga 10:00 malam.

Siapa sangka watak – watak baru dalam arena MSF yang pada mulanya tidak pernah dilihat sebagai pencabar utama kejuaraan, namun pada hari ini mereka telah membuktikan dengan azam yang cukup kuat mereka telah menjadi watak utama dalam saingan ini. #227 Nadz Srhidhara-Shaf Lee dari JDM Hardcore sedang mendahului kejuaraan dengan pungutan 940 mata. Mereka yang secara konsisten telah menamatkan perlumbaan dan sering-kali menduduki podium. Peluang dan rezeki mereka datang apabila pada pusingan pencabar terdekat mereka gagal menamatkan perlumbaan pada pusingan enduro.

Siapa pesaing terdekat #227? Gandingan Sukran Bin Ab Latib-Nur Nazam Shah dari SPRT #163 jika tidak gagal dalam pusingan enduro mungkin tekanan menjelang pusingan akhir ini tidak tinggi. Bermula dengan begitu baik dan lebih mantap keputusannya dari #227, sayang sekali mereka terkandas pada pusingan enduro dan ini sekaligus membolehkan #227 memintas kedudukan mata dan mengekalkannya lagi pada pusingan ke-5 baru-baru ini.

Kedua-kedua jentera ini sebenarnya berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Juara 2017 #112 Lau Seng Kiat walaupun telah gagal dua pusingan yakni pusingan pertama dan enduro masih lagi mampu menjadi juara keseluruhan. Kebangkitan yang amat luar biasa beliau tunjukkan pada pusingan ke-5 baru – baru ini memberikan satu isyarat yang sangat jelas dengan catatan masa terpantas dalam sejarah MSF untuk kategori Proton 1800 iaitu 2m35s dan secara konsisten menduduki tempat pertama pada pusingan ke-5, “Im back!” Andai kata beliau menduduki tempat pertama atau satu kedudukan atas daripada #227 dan #163 maka #112 akan menjadi juara 2 tahun berturut-turut.

#227 harus memastikan #163 berada di belakang mereka, #163 pula harus memastikan berada di hadapan #227. Tapi segalanya akan berubah apabila #112 menduduki tempat pertama. Mudah? Tidak, ini pusingan bersifat enduro, wajib masuk pit selama 3 minit (tapi tidak mewajibkan penukaran pemandu), strategi terbaik maka antara ketiga-tiga ini ada yang bakal dinobatkan juara!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *