MSF 1600 Ultimate : Taklukan Bergaya Dreamchaser

Kategori MSF 1600 Ultimate merupakan kategori yang menghimpunkan kereta – kereta model baru seperti Satria Neo, Swift dan sebagainya. Bagi peminat-peminat jenama model baru ini jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persaingan ini pada 14-4-2019 di Litar Sepang. Grandstand percuma dan RM 35.00 sahaja untuk akses penuh (paddock).

Kita sudah meramal dan menjangkakan akan berlaku persaingan hebat antara beberapa orang peserta di dalam kategori ini dan ternyata ianya menepati ramalan kami. Adam Khalid yang bergandingan bersama Cy Ong #905 dari Hi-Rev Dreamchaser telah memberikan satu amaran awal ketika sesi kelayakan dimana telah mencatatkan masa terpantas dalam sejarah MSF untuk kategori ini iaitu 2m37s. Ya, kami ulangi 2m37s. Jentera yang mantap, kawalan yang mantap dan penggunaan tayar Hankook RS4 (bukan full slick, semi slick, hanyalah tayar berprestasi tinggi) dan paling menggerunkan, hanyalah 1600cc.

Dreamchaser yang datang dengan kekuatan dua buah kereta Proton Satria Neo telah mula mempamerkan kekuatan dari sesi kelayakan hinggalah ke saringan penentu kemenangan. Saringan pertama tempat pertama dan kedua dimenangi dari dinamic-duo ini #905 dan #910. Saringan kedua, sekali lagi dominasi Dreamchaser kekal kukuh di tempat pertama dan kedua.

Dicabar pada saringan terakhir di mana #910 Alister Yoong/Cy Ong menerima asakan bertubi-tubi dari Desmond Yee #9 dari N1 Racing Team. #910 berjaya berada dihadapan menjelang lap kedua apabila mula mencatatkan masa 2m40s berbanding #9 hanyalah 2m42s. Namun menjelang lap ketiga hingga penamat, kedua – dua mempunyai lap yang sama dimana secara purata kedua-dua mencatatkan masa 2m42s. Berentap hingga lap terakhir dan beza antara mereka hanya 0.5 saat yang membolehkan #910 menduduki tempat kedua.

Jangkaan? #905 dengan kepantasan luar biasa, tidak mustahil akan sekali lagi berada di hadapan. Yang akan menarik perhatian antara pertempuran #910 dan juga #9. Dengan jarak 0.5 saat kami menjangkakan pusingan kedua yang bersifat 10 laps dan wajib masuk pit selama 3 minit tanpa penukaran pemandu akan menjadi tambah sengit. Strategi yang tepat memungkinkan tempat pertama mungkin berubah kedudukan. Ini bermakna sepantas mana pun anda jika salah strategi, tidak mustahil yang dilihat tidak pantas atas kertas mampu merebut tempat pertama.

Teruja dengan kepantasan Campro? Jangan lepaskan peluang ini. Tiket hanyalah RM 35.00 sahaja di Litar Antarabangsa Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *