MSF Superbikes : Toyo Super Rookie, #151 Unggul Pusingan Pertama

Kategori Super Rookie merupakan satu kategori yang dipertandingkan bagi mereka yang tidak pernah menyertai mana-mana siri perlumbaan, makna kata mereka yang selama ini hanya aktif sesi trackday tapi punya jiwa pelumba yang tegar bukan sekadar tapau-menapau sesama sendiri ketika sesi trackday. Atas semangat ini, kategori ini mendapat kerjasama dari Toyo Lubricants dan wujudlah kategori Toyo Super Rookie. Dengan wujudnya kategori ini dan mendapat penyertaan hampir mencecah 15 buah motorsikal bersamaan 15 orang pelumba, jelas menunjukkan sukan permotoran 2 roda sukan permotoran yang agak mustahil mati.

#151 Kieran Ng dari BA Racing yang menunggang Yamaha R6 telah menunjukkan satu penguasaan yang agak ketara. Bermula dari saringan pertama sudah mula menunjukkan penguasaan yang baik. Penguasaan itu tidak terhenti di saringan pertama sebaliknya dapat diterjemahkan kemenangan di tempat pertama, pusingan pertama dan di dalam kategori yang julung kalinya diadakan. Dengan jarak masa secara puratanya 5 saat bagi mereka yang berada di tempat kedua jelas kategori ini jika secara konsisten beliau sertai, mungkin kejuaraan akan berada ditangan beliau.

Tapikah benar penguasaan ini milik secara total kepada #151? Perhatikan betul-betul kemaraan yang luar biasa atau boleh kita katakan tidak terkawal yang menyebabkan beliau dihukum penalti kerana telah melanggar limit atau had catatan yang ditetapkan didalam sporting regulations, #769 Chin Ming Chun dari Motormatic, mencatatkan masa 2m30s terpantas (walaupun dikenakan penalti 10 saat dari jumlah masa 5 laps). Andai kata beliau mengawal sedikit kemaraan yang luar biasa itu dengan maksud tidak melanggar had masa yang ditetapkan mungkin beliau pencabar sengit buat  #151.

Ini bukan bererti peserta lain tidak mampu memberikan saingan mantap, mereka hanya memerlukan konsistensi di setiap lap sahaja. Jika ini dapat dikuasai, persaingan di dalam kategori ini akan lebih sengit dan membuatkan anda senak perut. Antaranya #760 Eric Goh, #184 Kishore A/l Dhanabalasingham dan ramai lagi.

Jika anda mahu melihat persaingan sengit di dalam kategori ini, datang pada 7-Julai-2019 di Litar Sepang bermula dari jam 9am hingga 7pm. Harga tiket RM35.00 sahaja untuk akses penuh paddock.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *