MSF Superbikes : Selangkah Menjadi Juara, #74 Harus Bertahan

MSF Superbikes Super 1000 kumpulan B merupakan kedua terpantas di dalam keluarga MSF Superbikes. Meskipun mereka memakai tayar yang sama iaitu dari jenama Pirelli ternyata tayar ini jika mantap setupnya mampu memberikan keputusan luar – biasa. Terpantas ketiga pusingan kedua buat MSF Superbikes, 2m17s! Jelas kategori ini juga bukan calang-calang.

#74 Zulaymyalif dari sudut logiknya sebelah tangan sudah boleh menggengam kejuaraan kategori ini. Kepantasan luar biasa, ,2m17s, konsisten yang sangat mantap jelas mungkin beliau mampu menjadi juara. Dengan syarat harus menamatkan perlumbaan seburuk-buruk kedudukkan atau serendah – rendahnya adalah di tempat kesembilan. Ini membolehkan beliau menjelang pusingan akhir buat MSF Superbikes cukup sekadar menduduki tempat ketiga. Tapi apakah semudah itu? Pelumba motorsikal tidak sama dengan pelumba kereta. Mereka andai kata terbabas hanya dua sahaja keadaan dapat meneruskan perlumbaan atau menepuk batu-batu yang berada di litar Sepang. Jika ini yang terjadi buat #74 maka suka atau tidak pusingan akhir nanti wajib dimenanginya!

Tugas yang amat-amat berat menanti buat #805 Syukri dan #133 Fitri. Buat #805 yang ketinggalan 205 mata untuk mengharapkan kejuaraan ini terbuka semula pada pusingan akhir adalah dengan mengharapkan #74 menamatkan perlumbaan di tempat kesepuluh, gagal menamatkan perlumbaan dan #805 sendiri wajib memenangi tempat pertama. Malah untuk memburu tempat pertama, beliau juga harus berdepan Ks Ong #119 yang juga amat pantas bijak mencuri peluang. Jika ini berjaya dan #74 berada di dalam situasi yang diharapkan maka kejuaraan ini peluangnya akan terbuka semula. Begitu juga #133, andai kata mahu memperbaiki kedudukan wajib berada di hadapan #805.

Dari ramalan, mungkin kejuaraan ini milik #74, tetapi kejuaraan ini boleh sahaja terlepas tangan andai #74 berada di dalam situasi yang disebutkan. Mampukah beliau bertahan? Apakah keadaan akan memihak kepada #805? Simpan tarikh ini, 31 Ogos 2019 di Litar Sepang untuk menyaksikan aksi yang mendebarkan ini! Harga tiket RM35.00 sahaja untuk akses penuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *