MSF Superbikes : Siapa Juara Super 1000 C, #44 Atau #707?

Super 1000 kumpulan C persaingan untuk merebut kejuaraan juga terpaksa ditentukan pada pusingan akhir kali ini. Buat pertama kalinya dalam sejarah MSF baik Superbikes mahupun Superturismo, banyak kategori yang terpaksa ditentukan pada pusingan akhir kali ini. Ini sekaligus menjadikan pusingan akhir pada 1 Disember 2019 merupakan musim yang paling panas dan hangat.

Kejuaraan Super 1000 kumpulan C, bawa balik ke Timur Tengah atau akan kekal di Malaysia? #44 Osama Abdurabu Mutahar peserta dari timur tengah sedang mendahului kejuaraan untuk kumpulan ini dengan perbezaan mata sebanyak 60 mata sahaja. Juara? Ya mungkin boleh dan teramat boleh. Beliau hanya memerlukan sedikit kesabaran dan strategi untuk memastikan kejuaraan ini dirangkul kemas. Ada 3 syarat yang wajib #44 ikuti. Syarat pertama risikonya kurang. Cukup sekadar menduduki tempat kedua. Dengan berada ditempat kedua pada pusingan kali ini hatta pencabar terdekat menduduki tempat pertama sekali pun, kejuaraan musim 2019 menjadi milik #44. Syarat kedua andaikata berlaku sedikit malapetaka sebagai contoh menduduki tempat ke-6, beliau harus memastikan pencabar terdekat hanya berada di hadapan sebanyak 2 kedudukan yakni berada di tempat ke-4 dan ini membolehkan juga #44 muncul juara. Syarat ketiga, kejuaraan yang bergaya ialah dengan menduduki tempat pertama dan wheelie dari turn 15 sampai ke garisan penamat sekaligus, JUARA.

#707, mampukah takdir menyebelahi beliau untuk menjadi juara?

Siapa pencabar terdekat yang disebut-sebut itu? #707 Mohd Haris Fadillah. Mengekori rapat dari sudut pungutan mata. Tugas berat menanti #707. Dari atas kertas yakni rekod dari segi kemenangan nampaknya memihak kepada #44. #707 hanya sekali menang di tempat pertama manakala #44 memenangi tempat pertama sebanyak dua kali. Apakah benar tiada harapan? Ada harapannya, #44 pernah menduduki tempat kelima dan pada pusingan yang sama #707 menduduki tempat pertama. Andai kata pusingan akhir ini menjadi sebagaimana pusingan kedua buat MSF Superbikes tempoh hari, maka kejuaraan akan beralih tangan kepada #707. Hanya ini sahaja harapan yang ada buat #707.

Persoalan yang bermain sekarang ini, mampukah #44 kekal tenang atau akan mengambil risiko untuk muncul juara dengan bergaya? Jika risiko yang diambil menjadi malapetaka ini bererti #707 akan menjadi juara. Apakah peluang #707 tetap wujud dan peluang itu bahasa kasarnya mengharapkan #44 jatuh atau mendapat kedudukan tercorot? Semuanya terjawap pada 1 Disember 2019 di Litar Sepang. Harga tiket RM35.00 sahaja untuk akses penuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *