MENCARI QUEEN OF RACING

MSF Superbikes pada tahun lepas sudah mula mengiktiraf pelumba/penunggang dari kaum wanita kerana keberanian dan kecekalan mereka yang untuk berentap dan bersaing di dalam MSF Superbikes dengan para penunggang lelaki. Umum diketahui sukan bermotor majoritinya di dominasi oleh kaum lelaki.

Mereka merupakan “spesies” yang berlainan dari kaum perempuan yang lain. 280kmh di laluan lurus, menurunkan lutut ke permukaan litar, memintas pelumba lelaki lain, siku bertemu siku, dan paling mengagumkan adalah turut jatuh terseret. Atas keberanian mereka yang luar biasa jauh lagi hebat yang pergi ke trackday tapi mengaku jagaon litar MSF Superbikes mengiktiraf mereka.

Zaleeka, Bee, Ahirine antara nama-nama yang bakal menonjol di dalam sub-kategori ini. Yang dilihat bakal menonjol kedepan adalah Zaleeka. Sememangnya pantas dan tahukah anda, menduduki kedudukan ke-6 dalam kejuaraan. Satu kedudukan yang boleh dikatakan amat baik.

Mereka dijangka tiada masalah untuk menduduki podium, namun apakah akan wujud peserta wanita yang lain? Kami tahu di luar sana cumanya tidak lagi muncul. Apakah mereka akan muncul dan sekaligus mengganggu – gugat dominasi mereka ini? 

Tunggu, jom ke Litar Sepang pada 15 Mac 2020.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *