Super Production : Bilakah Dominasi Jazz Dihancurkan?

News, SuperTurismo

Sejak kategori ini diwujudkan, dominasi Honda Jazz sangat menggusarkan. Kejuaraan tempat pertama lebih tepat, dipegang erat oleh Honda Jazz. Sehingga ada yang mengatakan elok kategori ini ditukar nama.

Namun pada tahun 2019, dominasi ini seakan sudah mula dapat diancam. Seringkali berada di barisan hadapan dan meresahkan para fighter Honda Jazz. Ini sekaligus melenyapkan kata-kata Honda Jazz pemilik mutlak kategori ini yang tidak mungkin mampu dicabar. Meskipun ya, juara masih milik Honda Jazz namun ini memberikan satu petunjuk kategori ini akan menjadi semakin panas untuk tahun 2020.

Perodua Myvi #335 kendalian hampir saja merampas tempat pertama kejuaraan namun sayang pada satu pusingan tahun lepas beliau kecundang dan ini membuatkan #146 Honda Jazz Chong Tun Lung/BoyWong menjadi juara keseluruhan.

Dengan segala peristiwa yang berlaku pada tahun lepas, ini merupakan petanda sangat jelas bagi musim 2020. Jangkaan bagi musim 2020, Perodua Myvi #335 kendalian Jason Tan / Boy Soh akan menjadi igauan ngeri buat fighter Honda Jazz. Mereka akan senantiasa muncul di belakang hatta berada di hadapan mereka jika peluang itu wujud. Catatan masa terpantas, 2m44s. Paling pantas buat Perodua Myvi yang bernadikan 3sz dan juga modifikasinya terhad dengan beberapa peraturan. Jika ini berlaku kami menjangkakan pertempuran sengit antara sang juara #146 dan juga bekas juara #343 Hendra/ Mohd Noorhafidzi. Percayalah, musim 2020 Honda Jazz akan dihantui oleh Perodua Myvi. Perkara yang paling menarik adalah penyertaan daripada peserta Indonesia juga dijangkakan akan menambah bahang pusingan pertama ini.

Saya menjangkakan bagi musim 2020, saingan akan semakin sengit. dominasi Jazz mungkin akan dipecahkan andai kata tidak bersiap-sedia dari sekarang

Hendra #343

Ramalan untuk pusingan pertama, jawapannya pada 15 Mac 2020 di Litar Sepang.