ULTIMATE TOURING ON FIRE!

News, SuperTurismo

Sewaktu kategori ini diwujudkan tidak dinafikan ada sedikit kegusaran apakah model-model baru ini atau yang bersesuaian dengan peraturan teknikal akan memeriahkan kategori ini. Namun setelah mendapat ura-ura penyertaan dari negara seberang, bahang mula dapat dirasa.

Kemuncaknya, mula menjentik juara dua kali berturut-turut Ultimate Open, Akid Azlee #500 dari Sitty Racing mengesahkan penyertaannya. Peserta dari negara seberang atau lebih tepat Indonesia tidak menunggu lama untuk memberi tindak – balas. Umar Basalamah juara dua kali dari siri perlumbaan JTSC juga mengesahkan penyertaan di dalam kategori ini. Ini sekaligus mencetuskan suasana panik dan cemas dan panas. Maka hasilnya kategori ini mendapat penyertaan sebanyak 9 buah jentera perang yang majoritinya Honda Civic FD2R dan Honda Integra DC5R.

Ini sekaligus menjadikan kategori ini bakal menjadi terhangat. Bakal menjadi tumpuan para penonton. Dengan format baru, dari 10laps kepada 15laps, sudah pasti memberi sedikit kelainan untuk tahun ini.

Menyertai MSF sememangnya sudah dirancang pada tahun 2019 dimana dari pihak JTSC Indonesia, kami menghantar juara untuk bersaing di dalam MSF.

Umar Basalamah #59 Indonesia Dream Team, Honda Civic FD2R


Apakah makna ini? Maknanya, MSF sememangnya menjadi satu pusat pertempuran yang hebat. Tidak sah mana-mana pelumba profesional mahupun mengaku profesional tidak menyertai perlumbaan paling ekstrem yang mencabar minda, fizikal dan emosi di dalam negara ini. Hasilnya, suasana pertempuran atau perlumbaan ini telah mengundang para pembalap dari Indonesia.

JOM KE LITAR SEPANG PADA 15 MAC 2020