Ultimate 1800 : Pusingan Pertama Pasti Drama

News, SuperTurismo

Kenapa tajuk diatas begitu menyakinkan? Kategori ini sebenarnya adalah kategori yang paling susah untuk menentukan kejuaraan. Dari tahun 2016 hingga 2019. Yang dijangka juara pasti, pasti dan teramat pasti akan melakukan sedikit jenaka untuk gagal dalam merebut kejuaraan.

2019, Nanthankumar #989 sebenarnya adalah watak yang disering dimomokkan akan menjadi juara dari tahun 2016. Namun gagal, menjelang 2019 kejuaraan yang amat dinantikan akhirnya berada dalam genggaman. Dan sebenarnya, kejuaraan yang dirangkul #989 ramai menanti umpama sang arjuna menantikan jawatan tertinggi tapi tak kunjung tiba. Bila dapat, ianya merupakan satu kemenangan buat rakyat atau bagi dunia perlumbaan kemenangan buat para penonton.

Bagi musim 2020, terlalu sukar untuk meramalkan ia. Namun dengan peraturan baru yang diperkenalkan umpamanya berat minimum kereta, menambahkan bilangan laps, sudah pasti corak pertempuran akan sedikit berubah. Namun menarik perhatian adalah beberapa penyertaan yang dijangka menambahkan perisa. Kemunculan Faidzal Alang pelumba rali terkemuka Malaysia, Shazull Hisham, Syahrizal, Nanthankumar sang juara 2019. Ramalan bagi pusingan pertama, mungkin dari atas kertas dan dilihat dari sudut konsistensi mungkin dari pihak MSF, kami menjangkakan Nanthankumar. Bukan atas kapasiti juara namun beliau terbukti.

Bagi peminat B18CR, inilah kategori yang wajib anda saksikan. Jumpa nanti di Litar Sepang pada 15 Mac 2020.