MSF CYBERTURISMO PUSINGAN KEDUA PADAT AKSI SENGIT

19 April 2020, Petaling Jaya – Setelah pusingan pertama berjalan dengan jayanya meskipun ada mengalami masalah kelajuan internet dengan mencatatkan jumlah penonton keseluruhan sebanyak 10,000 penonton di atas talian. Ini sekaligus membuatkan MSF Cyberturismo mendapat perhatian bagi peminat sukan atas talian (online game). Dengan mengambil konsep MSF Superturismo itu sendiri sekaligus aksi yang diberikan sangat mendebarkan.


Seperti yang dimaklumkan, setiap litar hanya diumumkan 24 jam sebelum satu-satu pusingan itu dijalankan. Tujuannya agar tiada sesiapa yang dapat berlatih lebih awal dan sekaligus memberikan satu kelebihan bagi satu-dua peserta. Litar Brands Hatch , United Kingdom telah menjadi destinasi bagi pusingan kedua ini. Litar lagenda yang turut pernah disertai oleh Fariqe Hairuman satu ketika dahulu.


Pusingan kali ini seperti yang dijangka, pasti akan berlaku saingan yang amat sengit dan penuh aksi. Tambahan litar yang amat taktikal dan memerlukan tumpuan tinggi sudah pasti akan ada saja drama yang terjadi. Berbeza pada pusingan pertama, jika dahulu peserta terpantas akan bermula dari belakang namun bagi litar ini konsep ini tidak digunakan lagi. Bagi yang terpantas akan berada di hadapan seperti normal. Namun itu tidak mencacatkan sama sekali aksi dan persaingan diberi.


Catatas masa terpantas bagi pusingan kali ini dan di litar ini adalah 51.2 saat, ianya merupakan satu catatan yang amat pantas. Bagi kategori MSF Real Racers pula, seperti yang dijangka dengan semangat perlumbaan yang amat tinggi persembahan yang mereka berikan amat menarik. Malah ada satu kumpulan di dalam kategori ini perbezaan tempat pertama dan kedua hanya dipisahkan 0.40s!


Pusingan kali ini, sememangnya mendebarkan hampir saja menyerupai perlumbaan sebenar,”


Harve Singh yang menerima asakan dari Shamir Aizan bertanding di dalam kategori ini.

Pusingan seterusnya dimanakah destinasi litar seterusnya masih lagi menjadi tanda anya. Meskipun rata-rata peserta sudah dapat mengagak iaitu litar seterusnya adalah litar Suzuka Timur, namun kejutan akan tetap diberi. Kerana inilah gaya dan cara MSF.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *