MSF Motorsports Club

Home»MSF Motorsports Club

Objektif Penubuhan Kelab :

  • Menyusun program-program sukan permotoran kearah lebih teratur dan tersusun.
  • Mengangkat suara para peminat sukan permotoran ke pihak yang berwajib.
  • Menjadikan sukan permotoran mempunyai garis panduan yang lebih sistematik.
  • Merapatkan hubungan sesama peminat sukan bermotor baik di litar mahupun diluar.
  • Mengabungkan gandingan lama dan baru dalam sukan permotoran agar tuntutan kita didengari.

Perancangan Masa Depan Kelab :

  • Dengan kekuatan suara dan pengaruh AJK – AJK kehormat ini yang sudah lama dalam arena sukan perlumbaan bermotor baik dalam negara mahupun luar negara, kita akan membawa suara sukan permotoran untuk lebih didengari sebagai contoh penambahbaikkan kawasan perlumbaan mahupun peraturan.
  • Menjadikan kelab ini sebagai rujukan bagi para penganjur sukan bermotor sebagai contoh dari sudut keselamatan sesuatu acara sukan bermotor.
  • Menjadikan setiap ahli kelab ini mendapat keistimewaan tertentu.

Keistimewaan Menjadi Ahli Kelab :

  • Mendapat potongan harga bagi barangan yang berkaitan dengan permotoran di kedai-kedai yang terpilih.
  • Majlis Kejuaraan akan dianjurkan ditempat yang lebih selesa.
  • Ahli dapat membeli barangan pihak penaja yang menaja acara-acara yang dianjurkan oleh pihak Matrix Motorsports Promotion Sdn Bhd (Ignition.my) dengan kadar diskaun yang berpatutan.

Keahlian MSF Motorsports Club :

  • Keahlian dibuka kepada semua peserta MSF : Racing, Track Day, Superbike, Drift Gonzo, dan MegaLAP.
  • Semua peserta MSF Racing akan didaftarkan sebagai ahli Kelab secara otomatik.
  • Yuran keahlian RM 50.00 setahun.

Carta Organisasi MSF Motorsports Club

Close
loading...