Street Tuned On Fire

 

bakarlinest

Pusingan enduro nampak gayanya tidak boleh lagi dipandang enteng atau mudah. Pusingan enduro umum diketahui akan memberi peluang pada semua para peserta untuk memperbaiki kedudukan dalam kejohanan terutamanya mereka yang berada di top 5.

panjangPercayakah anda kedudukan Top 3 tidak mustahil boleh berubah? Gan Kim Koa meskipun tampak selesa tapi pada tahun lepas beliau nyaris kecundang apabila masalah pada kereta beliau. Malah
pada pusingan kedua tempoh hari beliau terpaksa berpuas hati di tempat kedua. Maka bagi pusingan enduro Gan Kim Koa yang bergandingan bersama Philip Tang harus memastikan kemenangan milik beliau kerana ada dua peserta ini sedang menunggu kesilapan yang terjadi.

Tetapi pertempuran sebenar melibatkan Shalifuzam dan Aril Hamka. Buat masa sekarang kedudukan mereka sama dan jumlah pungutan mata pun sama. Maka pusingan enduro ini akan menentukan kedudukan mereka selepas ini. Ya, dari sudut atas kertas dan pengalaman sememangnya milik Aril Hamka dan beliau membuktikan pada pusingan kedua baru-baru ini. Tetapi dalam pusingan enduro strategi amat penting dan ketika penukaran pemandu kedua itulah penentu. Shalifuzam dan Azref Abdul Rani dari DOC Racing Team / AAR Autohaus berada dalam posisi yang sangat baik untuk berada di kedudukan yang baik dalam kejuaraan. Maka misi pusingan kali ini harus memastikan Aril Hamka yang bergandingan dengan Shafiq Rosli mesti dan wajib tidak berada dihadapan mereka.

Apakah Shalifuzam/Azref berjaya mengekang kemaraan Aril Hamka/Shafiq Rosli begitu juga sebaliknya? Jawapannya hanya pada 16-Oktober-2016 di Litar Antarabangsa Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *