#975 "Standard Gaban Kami Datang"

Home»DriversTeams»#975 “Standard Gaban Kami Datang”

ssm

Mereka antara yang datang dari jauh untuk berentap dalam MSF Racing. Mereka juga datang dengan mempertaruhkan jentera mereka yang tidaklah begitu kuat. Kita selalu katakan “standard gaban”. Pada pusingan pertama mereka muncul dengan setup yang sangat minimum dan tidak langsung mencerminkan kereta mereka itu jentera perlumbaan. Tetapi sedikit demi sedikit mereka mengubah setup dan percaya atau tidak mereka berada di kedudukan ke-6 untuk kejuaraan ini buat masa sekarang. Satu kedudukan yang sangat tidak diguna dan kenapa mereka mampu berada di kedudukan tersebut, KONSISTEN!

Mohd Fairuz dari SSM Racing Team : “Team kami first time masuk competition dan kereta kami standard gaban, asal nak suka-suka saja dan cuba habiskan race tapi,  lepas first round rasa seronok dan nak tengok sejauh mana kami dalam overall standing bila habis musim nanti. Preparation ala kadar sahaja cuma lebih kepada team dan driver developement. Kereta/enjin tetap standard gaban macam round sebelum ini dan akan habiskan race sebaiknya.”

2016 kita dapat menyaksikan ada beberapa peserta sememangnya hanya masuk untuk mendapatkan pengalaman. Bagi kami mereka ini SIMBOL PERJUANGAN yang sebenar. Mereka sertai perlumbaan dengan belanjawan yang tidak mewah, habiskan perlumbaan, tidak ada alasan seperti gearbox oil leaking dan sebagainya. Mereka hanya mahukan pengalaman dan meningkatkan prestasi diri. SALUTE!!

Jumpa nanti pada 27-11-2016 di Litar Antarabangsa Sepang!

One Response to "#975 “Standard Gaban Kami Datang”"

  1. SSMotorsport   November 9, 2016 at 8:46 pm

    Terima kasih Zahrin untuk artikel ini. Kami akan cuba deliver our best untuk final round MSF2016 nanti!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...