13 Pertempuran Yang Wajib Disaksikan (Enduro)

Home»News»13 Pertempuran Yang Wajib Disaksikan (Enduro)

 

RD3_6161

Pusingan paling mencabar akan berlangsung pada 9/7/2017. Pusingan penentu kejuaraan bagi setiap kategori. Pusingan paling menuntut strategi tepat agar kemenangan berada dalam tangan. 135 buah jentera perang bersamaan 270 pelumba akan bertempur semahunya di Litar Antarabangsa Sepang pada 9/7/2017. SAVE THE DATE!

1. #32 vs. #378 vs. #122 vs. #189

s152

Percayakah anda, kategori ini sebenarnya pendesak kepada kategori Street 1600 Ltd. Mereka yang berada di kedudukan tiga teratas rata-ratanya mencatatkan masa terpantas 2m48s secara purata. #32 telah merampas takhta jentera terpantas dari tangan #378. Catatan masa terpantas mereka adalah 2m46s dan catatan masa ini terpantas buat masa sekarang. Dengan catatan masa ini membolehkan #32 menjarakkan diri dengan selesa untuk menduduki tempat pertama. Bagi pusingan enduro, semuanya berkait-rapat dengan strategi. Anda lambat keluar dari pit anda tertinggal, anda pantas keluar pit tapi harus juga awasi tempoh masa 3 minit yang ditetapkan. Soal sekarang bagi kategori Super 1500 NA siapa yang mampu menjuarai pusingan khas ini. Dari atas kertas mungkin #32 tapi awas, jika pantas untuk 5 laps setiap pusingan belum tentu anda selamat untuk 35 minit.

2. #21 vs. #255 vs. #72 vs. #168

sagaexpert1

Seperti yang dimaklumkan, Jay Choong #168 misi pertahankan kejuaraan. Dari mata kasar amat sukar kerana lawan yang beliau akan hadapi adalah salah seorang lagenda sukan permotoran. #21 Boy Wong yang akan bergandingan bersama Keifli Othman sudah pasti menjanjikan aksi paling berapi dan ini sudah pasti menyukar Jay Choong untuk mempertahankan kejuaraan tipis ini. Tapi berita baik buat Jay Choong juga, Tommy Lee #255 juga sudah mengesahkan penyertaannya. Jika Tommy Lee berjaya menduduki tempat pertama dan #21 ditempat kedua maka Jay Choong boleh tersenyum lebar untuk 2 pusingan terakhir kelak. Tapi jika beliau mendududuki tempat keempat maka pusingan kelima bakal menjadi igauan ngeri maka suka atau tidak tempat ketiga harus dalam genggaman. Namun tugas itu tidak mudah, Alif Hamdan #72 juara 2016 juga bakal mempengaruhi kejuaraan ini. Andai kata Alif berjaya menduduki tempat ketiga maka Jay Choong menjelang pusingan kelima hanya menunggu detik sahaja kejuaraan yang sedang beliau pegang akan dirampas pada bila-bila masa sahaja. Tapi Alif Hamdan juga boleh menjadi penyelamat beliau juga #72 menduduki tempat pertama. Panas bukan?

3. #343 vs. #146 vs. #303 vs. #86

bakarline4

Mungkin #343 boleh menjadi juara keseluruhan Jazz Cup bagi musim 2017. Menduduki tempat keempat sekali pun bagi pusingan enduro tidak mencatatkan pungutan mata mereka. Cuma mungkin mungkin perlu bekerja-keras sedikit pada pusingan kelima namun jarak antara #146 buat masa sekarang sangat jauh berbeza. Gandingan Flex Racing Team ini hanya boleh mengharapkan #343 tidak muncul dan DNF untuk memastikan jurang tersebut kembali rapat. #146 tidak seperti kategori Saga Cup Ron Jeremy dimana ada dua-tiga peserta yang mampu menjadi third force atau kuasa ketiga, sebaliknya mereka perlu mengharapkan kegagalan #343 menamatkan perlumbaan. Tapi #146 juga harus mengawasi ancaman #303 kerana buat masa sekarang jarak mata dibezakan 105 mata. Andai kata #146 menduduki tempat ketiga dan #303 menduduki tempat kedua maka pusingan kelima #146 mengalami tugas sukar.

4. #111 vs. #232 vs. #129 vs. #101 

kegani

#232 sekarang mendahului pungutan mata sebanyak 95 mata. Kami menjangkakan pertempuran sengit bakal tercetus. #111 juga dalam misi menjadi juara juga telah mempersiapkan jentera dan strategi sebaik mungkin. Andai siapa pun menang, kejuaraan bakal ditentukan pada pusingan akhir kelak nanti. Andai kata Kenny Lee #232 muncul juara enduro tugas menjadi sedikit mudah namun tidak selesa. Pertempuran merebut ketiga bakal menarik perhatian. #129 dan #101 berkongsi mata dan sudah pasti untuk memastikan bekalan pusingan kelima selesa maka mereka harus menduduki tempat yang lebih baik. #101 lebih pantas namun tidak sekonsisten #129. Dari sudut kekuatan jentera kelebihan kepada #101 namun dari sudut kerapnya menduduki podium kelebihan berada di belah #129. Street 1600 Ltd kami menjangkakan akan panas dan mungkin kedudukan kejuaraan akan berubah. Ini bukan soal siapa ditempat pertama kejuaraan namun meliputi top 5. Bersiap-sedia!

5. #60 vs. #30 vs. #800 vs. #911

streettuned

#60 dari JDM Racing dalam misi memburu kejuaraan buat kali keempat berturut-turut. Namun jarak mereka antara #30 dari Infinity Speedworks hanya dibezakan 80 mata sahaja. Jentera #60 adakalanya pernah mengecewakan mereka. Teringat SNF 2015 dimana mereka amat berharap #21 dikendalikan oleh KK Soh DNF agar kejuaraan menjadi milik mereka kerana mereka pernah mengalami kesulitan sewaktu SNF 2015 dilangsungkan. Jadi suka atau tidak mereka harus memastikan jentera mereka dalam keadaan sangat tiptop dan strategi mereka juga mengena kerana pakar merebut peluang #30 sedang menantikan mereka melakukan kesilapan kecil. Gagal menamatkan perlumbaan maka pusingan kelima dan akhir akan menjadi lebih sukar. Sayang buat #800 yang gagal sama sekali memberikan saingan rapat buat #60 ekoran cermin hadapannya pecah dan tidak dapat meneruskan perlumbaan. Namun tempat kedua kejuaraan masih lagi ada peluang. Dari sudut rekod, #800 merupakan pesaing yang sentiasa menduduki tempat kedua. Bagi pusingan enduro mereka harus menduduki tempat kedua untuk menghidupkan sisa-sisa peluang yang ada untuk merampas tempat kedua dari tangan #30. Dalam #800 ghairah memburu tempat kedua mereka juga harus awasi ancaman dari #911. Walaupun dari atas kertas kelebihan memang ketara kepada #800 namun awas, andai kata mereka menduduki tempat keempat sekali pun kedudukan tempat ketiga bakal ditentukan sehingga pusingan akhir!

6. #169 vs. #10 vs. #522 vs. #233 vs. #58

Mampukah #169 Mempertahankan Kedudukan?

Saga Cup Rocco kelima-lima mereka ini berpeluang menjadi juara keseluruhan dan ini bermakna pertempuran mereka tidak terhenti sahaja di pusingan enduro sepertimana kategori lain. Tapi dengan satu amaran, jangan ada yang tidak menamatkan perlumbaan kerana anda sama sekali akan tertinggal bas dalam misi memburu kejuaraan.

7. #112 vs. #35 vs. #140

bakarline8

Pertempuran antara ketiga-tiga jentera ini akan menentukan corak perebutan kejuaraan bagi musim 2017. #112 wajib menduduki tempat pertama. Tidak boleh sama sekali menduduki tempat kedua kerana ini akan merencatkan sedikit kedudukan kejuaraan beliau sehingga akhir musim. #112 harus awasi ancaman dari #140 yang dilihat semakin pantas dan tidak mustahil boleh mengganggu terus-menerus misi kejuaraan pertama kali bagi #112 dan #35 pasti tersenyum menantikan kejuaraan 2017 bila-bila masa sahaja jatuh ke tangan beliau.

8.#172 vs. #135 vs. #900 vs. #609

RD3_5569

#172 jika diikutkan pungutan mata seakan boleh menghidu kejuaraan 2017 tapi dengan syarat wajib menduduki tempat sekurang-kurang kedua dalam pusingan enduro kali ini dan tidak boleh tidak menamatkan perlumbaan kerana sudah andai kata #172 gagal menamatkan perlumbaan maka jurang antara #172 dan #135 semakin rapat. #135 juga jika mahu mengekalkan tempat kedua dari ancaman #609 yang menanti sahaja #135 juga gagal menamatkan perlumbaan. Harus diingat andai kata #135 gagal menamatkan perlumbaan cukup tempat keempat menjadi milik #609 untuk menyamakan kedudukan mata. #900 tidak mengugat mereka yang sedang merebut kejuaraan tapi harus diingat dengan kekuatan K20 sudah mencatatkan masa 2m36s tidak mustahil beliau juga boleh menganggu corak pertempuran!

9. #216 vs. #555

RD3_6000

Atas kertas memang #216 bila-bila masa sahaja boleh menjadi pemenang pusingan enduro dan mungkin sahaja boleh menghidu kejuaraan 2017. Tapi awas, #555 yang semakin merapatkan kedudukan ekoran #216 terlibat dengan kemalangan sudah pasti dalam keadaan yang sangat bersemangat untuk merapatkan jurang pungutan mata. Maka #216 untuk membawa bekalan yang agak selesa pusingan ke-5 wajib menang!

10. #312 vs. #330. vs. #9

RD3_6086

Suka atau tidak #312 kendalian Cy Ong dan Geraldine harus terus menerus di tempat pertama baik pusingan enduro dan seterusnya. Ini kerana #9 Desmond Yee boleh dikatakan third force atau kuasa ketiga yang boleh menganggu kestabilan pungutan mata #312 yang sedang diintai dari jauh oleh #330 dari SITTY-DNT. Andai kata #9 berjaya menduduki tempat pertama dan #312 menduduki tempat kedua sebagaimana kedudukan ini dalam pusingan ketiga maka #330 akan semakin menghampiri #312. Jadi kami jangkakan dengan pengalaman yang mereka ada tempat pertama menjadi taruhan utama #312!

11. #92 vs. #663 vs. 989 vs. #551?

rc1800

#92 mungkin sekarang ini sudah dapat menghidu kejuaraan 2017 jika beliau berjaya menamatkan perlumbaan sehabis buruk kedudukan sekali pun nombor 4 kerana jarak mereka dengan #663 kendalian Harve Singh dan Cy Khoo agak jauh. Namun ini enduro, andai kata #92 gagal menamatkan perlumbaan maka mimpi ngeri buat mereka kerana #663 akan merapatkan kedudukan mereka dengan serapat-serapat kedudukan. #551 dari sudut pungutan mata mungkin tidak mampu menduduki tempat pertama melainkan sehingga akhir musim berlaku sesuatu pada pencabar lain namun #551 mampu menganggu corak pertempuran namun soalannya muncul atau tidak setelah jentera mereka mengalami masalah mekanikal?

12. Race Cars Open Kiamat!

KO45

Dari sudut pungutan mata kemungkinan besar Piala Prof Khalid akan sekali lagi berada dalam tangan Fast Autoworks kerana #45 semakin jauh meninggalkan mereka. Tetapi, andai kata #45 gagal menamatkan perlumbaan seperti mana tahun 2016 maka kedudukan kejuaraan akan dirampas dengan begitu mudah oleh #500. Namun pertempuran Race Cars Open bukan setakat pertempuran merebut kejuaraan semata, ianya lebih kepada pertempuran antara engine builder/tuner. Memenangi dalam mana-mana pusingan merupakan satu kenikmatan paling tertinggi buat mereka. Kenapa kami katakan kiamat? #45 akan dipandu oleh Keifli Othman dan Boy Wong, #500 akan dipandu oleh Akid yang bergandingan dengan Fariqe Hairuman, #550 akan dipandu oleh Mark Darwin yang bergandingan dengan James Veerapan dan #440 akan dipandu oleh Shazull Hisham bergandingan dengan Ahmad Fauzi. KIAMAT! Bagi yang ada sakit jantung makan ubat siap-siap, bagi ada asma bawa ubat siap-siap dan bagi yang ada darah rendah makan hati ayam banyak-banyak. Pertempuran paling berapi!

13. Mekanik/Handling Engineer VS. Tayar

bakarline13
Handling Setup By Ftuned Racing Suspension

MSF Racing medan para mekanik, pakar chasis, pakar handling perah otak mendapatkan setup terbaik untuk pelanggan mereka. Dari tahun ke tahun dari zaman SNF dan sekarang MSF kami telah mencabar kemahiran mereka. Tahun lepas tayar dari Jepun dan tahun ini tayar antara terbaik di dunia Hankook dari Korea Selatan. Semuanya pasti berubah. Pusingan enduro pasti lebih mencabar! Tayar mahu digunakan sebaik mungkin kerana enduro versi MSF tak dibenarkan penukaran tayar!

Okay siap sedia Malaysia. Litar Antarabangsa Sepang akan kembali menggegar pada 9-7-2017. Real Warriors, Real Racers & Real Racing will be back!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...