Perang Dunia Ke-3 Dalam Perjalanan

RD4_8353

Pertempuran paling agung dalam sejarah penganjuran MSF malah boleh dikatakan dalam sejarah SNF juga. Kita sudah biasa melihat perebutan tempat pertama dalam mana-mana kategori akan tetapi untuk tahun ini ianya agak istimewa dan mendebarkan. Perang merebut kejuaraan yang sangat tegang dan menghiburkan. Semuanya dalam kategori dimana segala kekreatifan para pemilik bengkel dikerahkan maksimum, himpunan para pelumba terbaik negara dan paling menarik kereta yang sangat-sangat pantas.

RD4_8455

Ahmad Akid #500 dari Sitty-DNT Racing Team telah mengejutkan ramai pihak. Siapa sangka dalam posisi yang mana mungkin dapat menggegarkan kejuaraan telah berjaya mendahului kejuaraan dengan mata sebanyak 890 mata. Dalam usia yang sangat muda, kurang pendedahan dari sudut populariti, beliau telah berjaya mencuri tumpuan. #500 mendahului kejuaraan buat sementara waktu. Kunci kejayaan #500 kerana konsisten dan bijak mencuri peluang dan ini membolehkan beliau menduduki kejuaraan Race Cars Open. Kenapa sementara waktu?

Mengekori rapat adalah antara pelumba hebat dalam sejarah sukan permotoran. Boleh dikatakan antara lawan yang amat digeruni malah digelar sebagai Darth Vader kerana kebuasan beliau dalam menumpaskan lawan. #45 dari Mayhem-Fast Autoworks sedang mengekori rapat #500. Percayakah anda jarak yang memisahkan mereka berdua hanyalah 40 mata sahaja dan dari sudut atas kertas untuk perlumbaan yang bersifat pantas yakni 5 laps setiap saringan sememangnya dalam genggaman Keifli Othman dan catatan mas terpantas yang pernah dicatatkan oleh #45 adalah 2m19s! Cukup untuk kita gambarkan betapa akan sengitnya pertempuran pada pusingan kali ini. Suka tidak suka, #500 harus bersiap-sedia dari sudut kepantasan jentera dan pemanduan jika mahu mempertahankan kejuaraan.

Kami menjangkakan akan berlaku perang besar untuk 2 pusingan terakhir ini dan pusingan ke-5 yang bakal berlangsung pada 15/10/2017 dijangkakan menjadi penentu corak pertempuran pusingan terakhir. Satu pihak bintang muda yang semakin menyerlah dan di satu pihak lagi kekuatan yang dimilikinya unlimited. Perang Dunia Ke-3 dalam perjalanan, perang paling agung bakal tercetus.

Save the date 15/10/2017!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *