Sham Ekstremis Rider

MSF Superbikes Trackday dan Time Attack akan berlangsung pada 11 Februari 2018. Rata-rata kebanyakkan peminat motorsikal sudah sedia maklum dengan acara ini. Acara ini juga menarik minat seorang rider yang boleh kami katakan ekstrim. Kenapa ekstrim?

Shamasrol Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Sham wajar dan wajib kita berikan penghormatan tertinggi. Beliau yang bermula bermain dengan motorsikal di litar sudah 4 tahun dan paling mengagumkan hanya menggunakan satu tangan. Ya, satu tangan, beliau berlumba dan berlatih di litar hanya menggunakan satu tangan sahaja. Meskipun kehilangan satu tangan lain namun ianya tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan hobi beliau. Beliau kehilangan satu tangan kerana terlibat dengan kemalangan pada tahun 2015 bersama arwah isteri beliau. Beliau akan menyertai MSF Superbikes Trackday dan Time Attack pada 11/2/2018 nanti.

Sham : “Saya memang tak letak sasaran apa-apa pun. Sebab masih berbelah bagi nak masuk gunakan Yamaha RXZ ataupun KTM. Tapi yang penting saya layan sahaja apa yang ada. Layan apa yang ada dan puas. Penat memang penat layan menggunakan satu tangan tapi itu tidak pernah menghalang saya meneruskan hobi saya ini. Saya teruskan hobi saya ini sebab sokongan anak-anak yang kuat.”

Hormat, kagum dan salut buat Sham. Walaupun hilang satu tangan tak menghalang untuk beliau mencecahkan lutut di litar Sepang. Anda tunggu apa lagi? Jom sertai MSF Superbikes Trackday dan Timeattack pada 11/2/2018 nanti.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *