Street 1600, Pertempuran Klasik 90an

Home»News»Street 1600, Pertempuran Klasik 90an

4AGE 20v telah mendominasi kategori ini dengan sangat brutal. Enjin keluaran dari model lain langsung tidak dapat memecahkan dominasi mutlak mereka. Ada seketika saringan pertama enjin keluaran model lain menyerlah namun menjelang saringan akhir sekali lagi 4AGE mendominasi. Atas faktor ini, keseimbangan perlu dilakukan. Bak kata Obi Wan Kenobi, “Bring balance to the force” dan dengan ini enjin B16 VTEC dibenarkan menyertai kategori ini. Maka lengkaplah semua enjin yang bersasarkan kapasiti 1600 dalam kategori ini, B16 VTEC, 4AGE 20v, 4G92 Mivec dan Non Mivec dan SR16 Neo VVL.

Kita akan senaraikan siapa yang dijangka menyerlah dalam kategori ini. Ikutkan semua orang yang berentap dalam kategori ini hebat-hebat belaka. Tapi ini hanyalah jangkaan, macam biasa MSF terkenal dengan kejutan belum tentu senarai ini menepati citarasa dan belum pasti jangkaan kami ini tepat.

  1. #232 Kenny Lee – Watak yang menjadi taruhan dan wajib ditewaskan. Konsistensi beliau di setiap lap membuatkan ramai tidak mampu mengekori beliau. Setiap lap catatan masa secara purata 2m44s dan terpantas 2m42s cukup menjarakkan diri sejauh mungkin. Percayakah anda, disebabkan konsistensi ini ada jentera turbo dalam kategori Street Tuned dipintasnya. Hebat!
  2. #60 Gan Kim Koa/Philip Tang – Inilah watak yang amat ditunggu-tunggu. Jentera VTEC B16 yang dinantikan. Mereka masuk ke dalam kategori ini hanya semata seronok melihat kehebatan jentera 4AGE dalam kategori ini dan paling ketara apabila diekori rapat diselekoh oleh Kenny Lee. Tapi percayalah permainan kategori ini berubah 360 darjah.
  3.  #111 Hazrin Khaidi – Terpantas tapi tidak konsisten di setiap lap, mungkin masalah-masalah kecil yang dihadapinya. Tapi jika beliau berjaya mengatasi masalah ini tidak mustahil muncul juara.
  4. #101 Hazlami/Muslim – Disebut-sebut sebagai juara namun kurang menyerlah pada tahun 2017. Tapi gandingan ini jika dikhabarkan sudah mengenal-pasti masalah jentera mereka sudah pasti akan menyengat.
  5. #360 Fazril/Farhan – Dari jentera Mitsubishi mereka boleh dikatakan agak pantas. Mereka masih mencari rentak. 2m45s merupakan catatan masa mereka terpantas pada pusingan akhir namun terkandas pada lap kedua. Tapi andai kata mereka berjaya selesaikan masalah-masalah tersebut, ya tidak dinafikan pasti menarik.

Kami ulang berulangkali, senarai ini pasti berubah. Dari sudut jangkaan mata kasar, perhatikan #801 Shawn Seelan 4G92 Mivec, #786 Fazli/Nazreen 4AGE dan sekadar menyebut beberapa nama. Mereka ini tampak potensi menganggu – gugat senarai yang dijangka menyerlah pada tahun ini.

Save the date, 25/2/2018. Pastikan anda tidak terlepas peluang menyaksikan MSF Racing pusingan pertama di Sepang nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...