Dari Akar Umbi Ke MSF Racing : Episod (7)

2018 sekali lagi kita menerima kehadiran peserta dari acara-acara grassroot ke medan kebangsaan. Ini satu petanda sangat bagus bahawa arena sukan perlumbaan kereta semakin rancak, semakin meriah dan sekaligus menjadikan MSF Racing menjadi satu acara yang semakin popular.

Moklis Mahboob dari #1Hati Motorsports yang bertahun-tahun mencuba nasib dan membina keyakinan diri  di acara-acara grassroot sebagai contoh X League sebelum melangkah kemedan tempur sebenar. Apa yang membuatkan beliau tertarik dan bersemangat memasuki MSF?

Moklis : “Saya sebelum ini pernah jadi krew pit masa SNF dulu, dari situ minat ada untuk adakan sebuah trackcar. Masa tu J-Circuit agak slow untk event track lebih kepada perlumbaan drag waktu itu 2014. Bila masuk penghujung 2014, adalah acara trackday biasa-biasa sahaja. Kedatangan sahabat-sahabat dari KL, diuruskan oleh Nizam Sucimuci semenjak itulah saya mula belajar di litar Johor sehinggalah tutup pada 2015. 2016 setiap pusingan MSF saya hadir sokong pasukan 1hati serta menjadi jurugambar sambilan. 2016,2017 penghalang faktor kewangan sebenarnya, jadi 2018 tekad untuk race untuk mencari pengalaman bkn podium.”

Selamat datang Moklis ke MSF Racing. Anda telah membuktikan, untuk berlumba di medan tempur sebenar bukan perlu kereta 200whp, cukup ukur baju di badan sendiri, 120whp pun okay! Jumpa di Litar Sepang pada 25/2/2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *