Selamat Datang HJC Malaysia Ke MSF Superbikes

MSF Superbikes ingin mengucapkan selamat datang kepada HJC Malaysia yang menaja MSF Superbikes 2018. Jenama helmet HJC tak perlu dipersoalkan lagi. Satu jenama yang terkemuka di antarabangsa dan jenama ini turut dipakai oleh pelumba-pelumba handalan dunia seperti Andrea Iannone dan ramai lagi. Mendapat sokongan padu dari satu jenama hebat ini satu penghormatan tertinggi dan menunjukkan MSF Superbikes semakin mendapat sokongan semua.

Liew : “Sokongan dan tajaan daripada HJC Malaysia merupakan satu penghormatan tertinggi yang diberikan oleh mereka kepada MSF Superbikes. Ini sekaligus membuktikan MSF Superbikes satu acara perlumbaan sukan motorsikal yang bersiap-sedia menggegarkan arena sukan permotoran khasnya dan industri permotoran secara amnya. Kami amat berbesar hati menerima tajaan dari satu jenama terkemuka ini.”

Ben Ng : “Kami sedar bahawa motorsports sukan yang merbahaya tetapi di sinilah keseronokan itu. HJC Helmet Malaysia percaya bahawa penganjur MSF Superbikes meletakkan keselamatan sebagai keutamaan mereka. Oleh itu, kami di HJC Helmet Malaysia akan menyokong MSF Superbikes untuk menjadikannya acara yang paling menarik dan selamat untuk disertai.”

Terima kasih HJC Helmet Malaysia. Jadi Malaysia, bersiap-sedia pada 7 dan 8/4/2018. Perlumbaan MSF Superbikes julung kalinya akan dianjurkan. Sudah pasti aksi yang diberikan sangat mendebarkan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *