Street 2.0 NA, Anak Muda Menggegar Pusingan Pertama, Pusingan Kedua?

Kategori baru dalam MSF Racing 2018. Formula ini dibuat atas sebab mahu membuka ruang pertempuran yang lebih seimbang. Ternyata formula ini disambut baik oleh para peserta lain. Dari Proton Wira hingga ke Toyota GT86, penyertaan dari pelbagai jenama ini membuktikan kategori ini menunggu masa sahaja untuk menjadi popular.

Mencuri perhatian Amirul Haikal #825 dari LMC Racing Team. Memenangi tempat pertama, mencatatkan masa terpantas dalam kategori ini, meninggalkan pihak lawan dengan jarak 18 saat, umur baru belasan tahun, dan memandu pacuan belakang Toyota GT86 (rwd) tiada apa lagi yang perlu diperkatakan. Amirul Haikal bakal menjadi bintang muda yang baru, jika betul haluannya namanya akan mula diperkatakan di dalam industri ini, “Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada LMC Racing Team yang menyediakan satu jentera yang sangat baik dan juga kepada Faidzil Alang dari FAWSTER yang memberi tunjuk ajar dengan berkesan, saya tak sabar menunggu untuk pusingan kedua.”

#46 dari SMRT86 yang turut mendapat sentuhan FAWSTER menduduki tempat kedua. Mereka berdua Faisal Asri/Syed Rizal yang juga turut menggunakan Toyota GT86 sangat konsisten di setiap membolehkan meninggalkan pihak lawan dengan jarak yang sangat selesa. Mereka yang tidak melakukan apa perubahan besar terhadap jentera mereka cuma sekadar handling boleh berbangga dengan pencapaian ini.

#11 Shazli/Fadhlan dari Penrite-SP Auto Tuning yang menggunakan Toyota Altezza menduduki tempat ketiga. Setelah agak lama tidak menjejakkan kaki ke podium pada pusingan lalu mereka berjaya menduduki podium. Setelah menukar nadi jentera dari turbo kepada NA membuahkan hasil. Mereka masih lagi mencari rentak agar dapat memperbaiki kedudukan dan catatan masa. Catatan masa terpantas mereka hanya 2m50s sedangkan kalau diikutkan rekod terdahulu #11 mampu mencatatkan masa dalam lingkungan 2m48s. Andai perkata ini dapat diperbaiki mungkin cabaran untuk pusingan kedua ini.

Baik siapakah yang akan menyerlah untuk pusingan kedua ini? Buat masa sekarang #825 kalau dilihat dari prestasi sekarang mungkin kita menjangkakan tiada siapa yang mampu menggugat. Tapi awas, andai kata masalah ini dapat diatasi dengan baik ancaman sebenar datang dari #730 dari Riyoz Racing. #730 yang dipandu oleh Zebedee Tay dan Willam Chong sebenarnya sudah mula memberikan sedikit amaran apabila pada sesi kelayakan mencatatkan masa secara bersahaja iaitu 2m41s namun sayang kecundang sebelum saringan pertama tamat.

Nampak gaya seolah-olah jentera dari jenama Toyota yang menguasai kategori baru ini. Apakah dominasi ini dapat dileraikan? Mungkin ya atau mungkin tidak. Ya kerana buat masa sekarang dengan kepantasan dan konsistensi mereka ini mungkin sukar. Mungkin tidak kerana beberapa jentera Nissan yang pada pusingan pertama kecundang pasti akan bangkit dengan lebih garang. Mungkin pusingan kedua ini dominasi ini akan dipecahkan.

Kategori baru, watak baru dan cabaran baru. Simpan tarikh 8/4/2018 pastikan anda hadir beramai-ramai untuk menyaksikan acara perlumbaan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *