MSF Superbikes Super400, Bersedia Untuk Bertempur

MSF Superbikes kategori Super400 merupakan salah satu kategori yang dipertandingkan nanti. Ya, terbahagi kepada beberapa sub-kategori. Ini sekaligus membuka ruang pertempuran yang lebih sengit dan seimbang. Peserta yang baru pertama kali menyertai tidak perlulah rasa gusar, malu dan segan macam malam pertama. Anda juga berpeluang memenangi tempat podium dan paling penting menimba pengalaman yang tidak ternilai.

Baik, dari penyertaan yang telah kami perolehi adalah penyertaan dari komuniti Braaap. Siapa yang tidak kenal dengan komuniti ini, bermakna anda hanyalah kayuh basikal di keliling tasik. Penyertaan komuniti ini di dalam kategori Super400 sudah pasti amat dinantikan. Mereka yang terkenal dengan apa juga sesi trackday dan apa jua acara melibatkan dua roda, sudah pasti mereka jarang sama sekali gagal tidak hadir.

Menarik perhatian juga, kita dapat lagi penyertaan versi Valentino Rossi. Fahmi Fatah yang akan turut serta dalam kategori Super400 juga akan turut bersaing dalam kategori Saga Cup nanti. “Saya akan menggunakan Aprilia RS125 untuk Super400. Saya sebenarnya menyertai acara ini bila sudah mendapat sedikit keyakinan ketika bersaing dalam kategori Saga Cup, jadi ianya sekaligus menaikkan semangat saya dan keyakinan diri,” kata Fahmi yang turut menegaskan penyertaan ini sebenarnya memberi ruang kepada kaki-kaki 2 Lejang berentap di Sepang.

Sekadar menyebut beberapa nama. Tapi percayalah, Super400 pasti menarik. Gabungan jentera 4 lejang dan bunyi bingit 2 lejang pasti membuatkan anda tidak sabar menanti menyaksikan aksi cecah lutut ini.

Jom ke litar Sepang pada 8/4/2018 nanti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *