Saga Cup Casual, Mata Sama, Enduro Penentu

Home»News»Saga Cup Casual, Mata Sama, Enduro Penentu

Saga Cup Casual mungkin perlahan atau tidak laju dari sudut catatan masa, tapi tahukah anda inilah kategori yang antara yang terhebat dari sudut aksi pertempuran sesama sendiri. Anda wajib datang ke Sepang untuk melihat kehebatan para pahlawan Malaysia yang bakal bertempur pada 31/8/2018.

Apa yang menarik kategori ini. Tidak kami jangkakan, pertempuran dalam kategori ini sangat panas dan percayakah anda buat pertama kali dalam sejarah tempat pertama dan kedua telah memungut jumlah mata yang sama. #559 Desmond Yew dan #299 Mohd Jaz dan Mohd Nahar dari Meru Speed masing-masing telah memungut mata sebanyak 520 mata. Maka inilah ketegangan yang bakal berlaku. Dua jentera ini harus berada satu kedudukan atas antara satu sama lain. Namun ketegangan ini memihak kepada #299. Kenapa?

#299 sekarang sudah berada diatas sempadan yang sangat bahaya. Mereka sudah mencatatkan masa 3m00s untuk satu lap. Dalam peraturan Saga Cup mana-mana peserta mencatatkan masa lebih dari 2 kali mereka akan diletakkan di kategori  Saga yang lain. Dalam memburu pungutan mata sebanyak mana yang mampu, #299 harus berhati-hati kerana pada bila-bila masa sahaja mereka akan dicampakkan ke kategori yang lebih atas. Bagi #559 jika mahu bermain selamat mungkin sekadar menamatkan ditempat ketiga namun jika #299 berjaya menang tempat pertama dan kekal berada dalam kategori casual maka jurang perbezaan mata akan bertambah.

Perjudian yang kedua-keduanya harus berhati-hati. #299 tak boleh ghairah manakala #559 juga harus berhati – hati dalam pusingan ini jika mahu bermain selamat.  Buat para penonton nanti, inilah kategori yang wajib anda saksikan. Perjudian dan pertempuran yang mungkin ada salah satunya makan hati. Simpan tarikh ini 31/8/2018 di Litar Antarabangsa Sepang, Grandstand percuma, paddock hanyalah RM35.00 sahaja dan ianya bermula tepat jam 11.00 pagi hingga 12 malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...