MSF Superbikes : Jangkaan Awal Untuk Super 400

Home»News»MSF Superbikes : Jangkaan Awal Untuk Super 400

Menarik kategori ini adalah kita masih lagi dapat melihat jentera motorsikal 2 lejang. Dengan jeritan yang lebih memekakkan dan masa yang dicatatkan secara purata 2m40s sudah cukup memberikan satu persembahan yang sangat padu. Ini yang menjadikan MSF Superbikes menarik kerana di satu kategori ada yang bersifat halilintar punya laju dan ada satu satu kategori maksimum 400cc tetapi tetap ada kepantasannya. Bagi yang ingin melihat MSF Superbikes harga tiket hanyalah RM 35.00 untuk akses penuh manakala grandstand percuma pada 14-4-2019 di Litar Sepang.

Penyandang juara bagi sub kategori – sub kategori yang dipertandingkan ada yang sudah mengesahkan penyertaan. Bagi Super 400 Group B, Roszairry B Roslan #3 yang menggunakan Aprilia RS250 dari Rywerks RT juara bagi sub kategori akan memastikan kejuaraan ini kekal di tangan beliau. Bagi Super 400 Group C, #534 Arul Naidi dari RSMG53 yang menggunakan Kawasaki SL250 juga turut akan memastikan juara yang dipegangnya sekarang tidak terlepas ke tangan orang lain bagi tahun 2019. Manakala bagi Super 400 Group A masih lagi samar-samar.

Dengan bermulanya MSF Superbikes pusingan pertama ini bererti semuanya bermula dengan mata kosong. Memungut sebanyak mungkin mata kejuaraan akan memberikan sedikit kelebihan menjelang pusingan kedua nanti. Jangkaan yang kami terima, Group B saingan dikatakan lebih sengit dan akan menghasilkan banyak drama kelak. Seramai 5 orang tentera KBSHM PHR Racing Team telah mengesahkan penyertaan. #149 Mohd Fauzi, #194 Mohd Faizal, #135 Khairul Naim yang menggunakan Yamaha YZF R25, #131 Mohd Efzan yang menggunakan jentera KTM Rc250 dan #284 Abdul Hafiz. Kelima-lima peserta ini dikatakan mampu menganggu-gugat juara bertahan #3 yang dalam misi mempertahankan kejuaraan.

Ada juga peserta MSF Superbikes selepas terlibat dengan kemalangan di dalam litar mahupun di luar litar kembali semula untuk bersaing dan cuba menjadi juara. Andrew Barraclough yang menunggang KTM RC390, beliau yang terlibat dengan kemalangan yang tidak disangka-sangka di luar litar dilanggar ditepi jalan sebelum bermula MSF Superbikes, koma beberapa hari, pulih dan kini bakal bersaing dalam Group B.

Anda jangan sesekali merancang nak kemana-mana. Kosongkan tarikh 14-4-2019, untuk menyaksikan perlumbaan pusingan pertama MSF Superbikes di Litar Sepang. Jumpa anda disana!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...