MSF Pusingan Kedua : Meriah Dengan Penyertaan Hampir 300 Buah Kenderaan

17 April 2019, Petaling Jaya – Malaysia Speed Festival pusingan kedua telah berlangsungnya dengan jayanya dengan penyertaan hampir 300 buah kenderaan (205 kereta dan 82 buah motorsikal) dan kehadiran penonton hampir 4250 orang di Litar Sepang. Malah kemeriahan ini juga diserikan dengan penglibatan hampir 100 buah motorsikal berkuasa tinggi yang dibawa khas oleh Toyo Lube untuk memberikan satu sokongan padu buat para pelumba MSF Superbikes. Terima kasih kepada tajaan pihak EXN Lube, Hankook Tyres, Fawster, TOC Automotive College, Pirelli Tyres, Ktech Suspension, Toyo Lube kerana tajaan mereka menambahkan lagi kemeriahan pusingan kali ini.

MSF Superbikes

Master class riding by Azwan Malek #34

Pusingan pertama bagi MSF Superbikes telah berlangsung dengan jayanya. Dengan penyertaan 82 buah motorsikal berkuasa tinggi jelas menunjukkan siri ini semakin mendapat permintaan yang tinggi.

Bagi kategori Super 1000 Group A menyaksikan penguasaan Azwan Malek #34 telah menepati ramal sebilangan penonton untuk bakal memenangi pusingan pertama. Meskipun pada saringan pertama menerima asakan hebat daripada #124 Mohd Fuad yang dilihat saling memberikan serangan dan paling epik apabila berjaya memintas #34 di selekoh kesembilan. Persaingan ini dilihat menjadi lebih hebat menjelang saringan penentu. Sebaik sahaja isyarat perlepasan dinyalakan, Azwan Malek tidak terus menunggu masa dengan begitu lama untuk memecut pantas. Meskipun cuma diasak namun Azwan Malek tidak mudah tergugat dengan ancaman tersebut, terus sahaja memecut pantas dan mula membuat jarak demi jarak untuk memastikan kemenangan tempat pertama menjadi milik beliau dan hasilnya Ahmad Fuad #124 menduduki tempat kedua dengan jarak 1.145 saat. Manakala ditempat ketiga Jiahoa #219 dengan jarak masa yang sangat jauh iaitu 19.393 saat.

MSF Superturismo

Pertempuran epik dalam sejarah MSF #560 dan #21

Sekali lagi penguasaan jentera turbo dalam kategori tertinggi MSF iaitu Ultimate Open semakin mencengkam. Alif Hamdan #21 yang menggunakan jentera Proton Satria 4WD telah membuktikan setelah lama menantikan detik ini akhir telah berjaya memenangi tempat pertama kategori terulung di dalam MSF ini. Pertempuran yang sangat mendebarkan ini sememangnya sudah dijangkakan. Kehadiran semula Keifli Othman #560 telah menambahkan lagi kerancakkan pusingan kali ini.

Mereka mula berentap semahunya sebaik sahaja isyarat perlepasan dinyalakan. #21 berada dihadapan, #560 terus memburu dan #29 Faidzil Alang juga turut menyertai pesta ini. #29 mula memasuki pit manakala #21 dan #560 terus lagi bersaing. Tidak menunggu masa lama, #560 terus memasuki pit sebagaimana yang ditetapkan dalam perlumbaan kali ini sementara itu #21 terus lagi berada di luar. Saat yang dinantikan tiba apabila #21 yang keluar dari pit betul dihadapan #560 dan pertempuran klasik antara dua jentera ini berlangsung. #560 Keifli Othman laju diselekoh mengekori rapat #21. Manakala #21 yang mempunyai kuasa yang kuat harus berhati-hati memijak pedal minyak dan ini membolehkan #560 memintas. Namun menjelang lap terakhir, #560 seakan terperangkap di dalam satu kelompok 1600 Ultimate dan ini membolehkan #21 menjarakkan diri. Namun #560 membalas kembali dengan mengekori rapat. Menjelang laluan lurus #21 terus memecut dan memenangi tempat pertama dengan sangat dramatik manakala #560 memenangi tempat kedua diikuti #29 ditempat ketiga.

Malaysia Speed Festival pusingan ketiga akan berlangsung selama 2 hari nanti. 6 dan 7 Julai 2019.  Pastikan anda semua datang memeriahkan siri perlumbaan terbesar tanah air ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *