MSF Merdeka Race 2019, Masa Untuk Enduro!

Home»News»MSF Merdeka Race 2019, Masa Untuk Enduro!

Pusingan terbesar dalam siri perlumbaan MSF. Pusingan penentu halatuju kejuaraan para peserta. Pusingan dimana para peserta akan mengumpul sebanyak mana mungkin mata dan andai kata gagal, boleh merancang untuk kejuaraan tahun hadapan. Pusingan dimana jumlah penonton mencecah hampir 8,000 orang datang menyaksikan pusingan istimewa ini.

Pusingan kali ini jika selama ini 35 minit untuk MSF Superturismo, untuk versi tahun 2019 kita lanjutkan selama 45 minit. Tambahan 10 minit yang mampu mengubah tempo pertempuran, strategi dan ketahanan sesuatu jentera. Versi kali ini kita akan melihat bengkel manakah yang mampu menghasilkan jentera tahan lasak dan strategi terbaik bagi pusingan penentu kejuaraan ini. Apakah mampu jentera turbo bertahan sekaligus menentukan halatuju kejuaraan bagi kategori-kategori yang dipertandingkan atau apakah jentera NA masih lagi mengekalkan identiti sebagai Enduro – friendly?

Percubaan menambah kegilaan corak pertempuran MSF Superbikes turut menerima tempias Enduro nanti. Ya, buat pertama kalinya MSF Superbikes juga ada acara enduro nanti. Jika selama ini 5 laps bagi setiap saringan dan kita ada 2 saringan dan jumlahnya 10 laps. Kali ini satu saringan dengan jumlah keseluruhan laps menjadi 12 laps. Walaupun baru 12 laps tapi  harus diingat ini julungkalinya enduro bagi MSF Superbikes dan andai kata berjalan-lancar mungkin akan ada penambahbaikannya. Menarik perhatian kerana strategi all-out selama ini mungkin makan diri.

Buat para pengunjung, dengan harga tiket RM35.00 untuk akses penuh paddock anda akan dapat menyaksikan aksi perlumbaan dari tengah hari hingga ke tengah malam. Festival, ya festival sempena kemerdekaan negara kita. Simpan tarikh 31 Ogos 2019 di Litar Sepang, jumpa anda disana nanti!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...