MSF Superturismo : 10,500 rpm, 2m33s, Tak Masuk Akal, Battle Of 90s

Home»News»MSF Superturismo : 10,500 rpm, 2m33s, Tak Masuk Akal, Battle Of 90s

Street 1600, 4 perkataan cukup menggambarkan apa yang sedang berlaku di dalam kategori ini. Kategori yang menjadi perhatian kerana rata-rata bagi peminat sukan permotoran masih ramai lagi yang memakai enjin keluaran tahun 90an ini. 1600 tapi kuasa yang dilahirkan dan kepantasannya amat luar biasa.

Kategori ini mula dikawal sepenuhnya Vtec. Meskipun jentera Toyota cuba memberikan saingan namun buat masakini masih gagal untuk memecahkan dominasi Honda. Dari segi kuasa, gear ratio dan pelbagai faktor lain membuatkan jentera Honda sangat dominan dalam kategori ini (hampir semua kategori yang dipertandingkan sebenarnya). Dalam masa sama, rata – rata para peserta di dalam kategori ini juga terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan ini menambahkan lagi suasana panas di dalam kategori ini.

Dari atas kertas, dengan catatan masa pantas dengan dominasi yang menggila, jentera #02 dan juga #6 merupakan dua jentera yang menjadi sasaran untuk ditumpaskan sama sekali. Zuhaidi Ishak / Faidzil Alang dari Z Garage Racing Team merupakan pemegang rekod catatan masa terpantas di dalam kategori ini, 2m33s! Phagvinder Singh yang bergandingan dengan Alif Hamdan dari RC Racing Team merupakan jentera paling laju meskipun gagal menterjemahkan kemenangan pada pusingan ketiga baru-baru ini. Inilah dua jentera yang menjadi sasaran. Namun disebalik menjadi sasaran ada satu jentera yang konsisten di setiap pusingan mengumpul mata tanpa gagal. #338 yang dipandu oleh Mohanjit Singh dan Hafiz Bachok dari SRT Motorsports walaupun bukan dari kelompok pantas tapi sekarang ini telah mendahului pungutan mata sebanyak 675 mata.

Mampukah mereka bertahan?

Jangkaan? Enduro ini penentu corak pertempuran bagi pusingan akan datang. #338  sebenarnya sekali lagi harus mengharapkan #2 yang merupakan pencabar terdekat masa sekarang tidak dapat menamatkan perlumbaan dan bukan sahaja #2, malah #6 juga mampu merampas kejuaraan dari tangan #338. Mereka berada di dalam keadaan yang sangat sukar. Mereka untuk merasa lega buat sementara waktu, kedudukan paling rendah adalah dikedudukan tempat kedua pada pusingan enduro ini.

Tegang memang tegang, sesak nafas memang sesak nafas. Tapi apakah jentera selain Honda tidak mampu memberikan saingan? #111 dari Binjai JMS Tuner yang juga sebenarnya pantas dan meresahkan jentera Honda juga turut bakal menggunakan senjata rahsia untuk memecahkan dominasi Honda.

Simpan tarikh 31 Ogos 2019 di Litar Antarabangsa Sepang, jika anda peminat enjin 90an yang kecil sesaran enjin tapi kuasanya menggerunkan. Tiket untuk akses penuh hanyalah RM35.00 sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...