MSF Superturismo : #146 Dalam Bahaya? #335 Penyelamat? #343 Penggugat?

Home»News»MSF Superturismo : #146 Dalam Bahaya? #335 Penyelamat? #343 Penggugat?

Kategori Super Production semakin lama semakin sengit persaingannya. Meskipun kategori pada permulaannya beranggapan harus standard dan beranggapan peraturan teknikal kategori ini tidak sama dengan yang lain. Namun ini adalah MSF dan cara MSF mengekalkan satu-dua bahagian yang OEM dan lain-lain boleh sahaja diubah. Hasilnya, kereta – kereta baru dan kepantasannya luar biasa. Kedai-kedai prestasi diluar sana gembira, bengkel seronok dan racer akan berlumba sepenuh hati.

Kejuaraan bagi kategori ini semakin hampir sahaja dalam dakapan #146. Bau wangi trofi tahunan Turban Legend semakin kuat baunya bagi #146 dari FLEX Racing. Mereka sebenarnya tidak perlu berusaha keras sama sekali untuk menjadi juara 2019 namun bahayanya tetap wujud. Apa bahayanya? Mereka harus menamatkan perlumbaan serendah-rendah kedudukan di tempat ke-15 untuk mengutip mata minimum sebanyak 15 mata sahaja dan mengutip mata keseluruhan sebanyak 1475 mata. Jumlah ini cukup membuatkan mereka juara. Akan tetapi, dalam perlumbaan keyakinan tidak boleh terlalu tinggi kerana selagi mana bendera hitam putih tidak kelihatan selagi itulah pelbagai musibah akan terjadi. Antara yang paling tidak digemari, mereka tidak menamatkan perlumbaan dan ini sekaligus membuatkan pencabar terapat mereka akan muncul juara. Siapa?

#343 Honda Jazz dari pasukan Fizzi Motorsports merupakan peserta yang terpantas sekarang ini. Memegang rekod catatan masa 2m43s dengan kombo tayar Hankook RS4 cukup memberikan satu isyarat jelas bahawa mereka juga memburu kejuaraan ini. Namun, banyak perkara yang terkandas dan membuatkan bau wangi trofi tahunan itu agak sedikit jauh. Namun harapannya masih ada. Harapan yang tidak macho, namun itu sahaja harapan yang ada. Mereka harus mengharapkan #146 menduduki tempat ke-16 dan ini sekaligus #146 tidak mengumpul mata tapi agak mustahil kerana kategori tidak pernah mendapat penyertaan lebih dari 16 buah kereta. Manakala yang terakhir adalah mengharapkan #146 gagal menamatkan perlumbaan. Maka dengan itu #343 wajib memenangi tempat pertama dan mengumpul mata penuh dan memungut mata keseluruhan sebanyak 1470 berkelebihan 10 mata sahaja dari #146. Itulah syarat utama #343 untuk muncul juara.

Juara dengan sekadar menduduki tempat ke-15!

Andai kata ditakdirkan #146 gagal menamatkan perlumbaan maka bantuan terakhir dan juga satu bantuan yang boleh membuatkan ego H akan tercalar sedikit, bantuan dari Perodua Myvi terpantas di dalam MSF. #335 Perodua Myvi dari pasukan Schnitzer Exhaust & G project Ejuice. Hanya #335 sahaja yang mampu menghalang kemaraan #343 dari menjadi juara 2019 disaat-saat akhir ini. Pusingan sebelum ini dilihat mereka bersaing semahu-mahunya. Andai kata #335 berjaya memenangi tempat pertama dan #343 menduduki tempat kedua, maka #146 masih lagi boleh berlari dari pit 33 hingga pit 4 untuk meraikan kejuaraan 2019. Inilah bantuan terakhir yang didambakan oleh kumpulan Honda Jazz dari Perodua Myvi.

Tekanan semakin memuncak. #146 bau wangi trofi semakin kuat dan membuat nafsu berahi mereka semakin tidak keruan. Namun bau itu juga turut dibau oleh #343 meskipun agak jauh. Bagi #335, tiada apa yang rugi hanya “dendam” dan misi merobek dominasi Honda Jazz yang bakal mengubah. Anda tidak sabar? Simpan tarikh ini 1 Disember 2019, di Litar Sepang. Tiket RM35.00 sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...