MSF Superturismo : Apakah #916 Mampu Juara Atau Bakal "Disembelih" Oleh #636?

Home»News»MSF Superturismo : Apakah #916 Mampu Juara Atau Bakal “Disembelih” Oleh #636?

Tahukah anda, perbezaan antara tempat pertama dan kedua untuk kejuaraan bagi kategori ini hanya dibezakan 60 mata sahaja. Percayakah anda, pendahulu kejuaraan sekarang ini akan berdepan satu pertempuran yang paling hebat sejarah hidup beliau. Kejuaraan bagi kategori Super 1500 sangat-sangat panas dan memungkinkan wujudnya drama. Perseteruan yang berpanjangan hingga ke pusingan akhir.

#916 Muhammed Hafez dari Todak Racing – Fawster Super TR sedang mendahului kejuaraan dengan pungutan mata sebanyak 1390 mata. Diikuti rapat #636 Asrul Ali dari Estrada By Pulzar Malaysia dengan pungutan mata 1330 mata. Kedua-duanya sama hebat. Kedua-dua mampu menjadi juara. Namun untuk saat ini yang masih lagi memegang tampuk kejuaraan adalah #916. Suka atau tidak, menyampah atau kagum, #916 dalam keadaan mampu menjadi juara bagi musim 2019. Tetapi dengan satu syarat, kedudukan paling rendah yang beliau harus dapat adalah di kedudukan yang kedua jika pesaing terdekat iaitu #636 menduduki tempat pertama. Ini membolehkan #916 muncul juara dengan perbezaan mata hanya 5 mata sahaja.

Apakah #916 mampu? Ya dan juga boleh jadi tidak. Kenapa? Untuk mengekang kemaraan #636 mungkin tidak menjadi masalah kerana #916 akan mendapat bantuan daripada rakan sepasukannya #926 yang dipandu oleh Admi Shahrul. Sudah pasti #926 akan menganggu rentak dan akan memastikan #636 disibukkan dengan serangan dan ini membolehkan #916 menjarakkan diri sejauh mungkin. Jika ini terjadi maka maka #916 akan juara. Jika ditakdirkan #636 berada dihadapan #916, suka atau tidak suka #636 harus mengharapkan bantuan #378 dari Rab-Prodrag. Jika jentera #378 berada dalam keadaan yang baik dan jika ditengokkan data yang ada tidak mustahil apa yang diramalkan itu boleh terjadi. Selain memastikan #916 dibelakang #378, beliau yakni Asrul Ali juga dapat menarik nafas lega sekurang-kurangnya #926 juga turut terkesan dengan kehadiran #378. Jika menjadi perancangan ini, maka #636 akan muncul juara dengan syarat #916 harus berada di bawah dua kedudukan.

Mampukah #636 menyembelih kejuaraan yang berada sementara waktu ditangan #916?

#636 suka atau tidak harus memastikan berada di hadapan #916. Bukan setakat satu kedudukan diatas akan tetapi dua. Dengan kaedah ini sahaja, #636 akan dapat “sembelih” kejuaraan yang dipegang buat sementara waktu #916. Super 1500 makin panas, Disatu pihak kekuatan kuasakuda yang hebat manakala di satu pihak yang lain selain kuasakuda yang sedang elok faktor ringan jentera yang luarbiasa menjadi taruhan. Bantuan diperlukan untuk menentukan siapa jadi juara. Simpan tarikh ini, 1 Disember 2019. Harga tiket RM35.00 untuk akses penuh!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...