MSF Superbikes : #898 Rookie Of The Year Atau Cookie 2019?

Kategori baru yang ditaja oleh Toyo Lube juga tidak kurang hebatnya. MSF Toyo Super Rookie bakal menyaksikan siapakah yang bakal menjadi Rookie Of The Year untuk tahun 2019. Menjadi Rookie yang buat julung kalinya sudah pasti akan menjadi sejarah yang akan dikenang zaman – berzaman.

Kenneth Chan #898 dari ICR Spartan jika segalanya mengikut rancangan akan menjadi Rookie Of The Year untuk musim 2019. Kekuatan #898 adalah konsistensi. Meskipun bukan dikalangan terpantas di dalam kategori ini, namun beliau jarang sekali melakukan kesilapan. Setiap pusingan yang dipertandingkan #898 akan berjaya mengutip mata untuk memastikan kejuaraan yang dipegang buat sementara waktu ini kekal. Saat yang indah ketika pusingan enduro pada hari merdeka. Lawan terdekat #151 Kieran Ng tidak muncul dan sekaligus membolehkan #898 memegang tampuk kejuaraan dengan pungutan mata 650 mata. Soalnya sekarang, apakah benar gelaran Toyo Super Rookie ini semakin hampir digenggaman #898?

Dengan jarak mata sebanyak 155 mata dengan #151, cukup #898 menduduki dan wajib menduduki tempat ke-6 ketika pusingan akhir ini. Jika ini berjaya maka #898 bakal menjad Toyo Super Rookie 2019. Tetapi, jika diikutkan rekod yang ada, #898 pernah menduduki tempat ke-8 ketika pusingan kedua MSF Superbikes. Jika perkara ini terjadi maka gelaran juara ini akan terlepas ke tangan orang lain. Siapa?

Wajib tempat pertama dan mengharapkan #898 menduduki habis rendah di tempat yang ke-7. Maka boleh menjadi juara 2019.

Sudah pastinya #151. Beliau suka atau tidak, pusingan akhir yang berformatkan 10 laps ini wajib menduduki tempat pertama. Dengan mengharapkan #898 menduduki tempat ke-7 atau ke-8 maka kejuaraan ini akan menjadi milik beliau. Jika ini menjadi kenyataan, maka #151 akan menjuarai kejuaraan ini hanya dibezakan 10 mata sahaja. Hanya tinggal apakah #898 yang pernah menduduki tempat ke-8 akan mengulangi kesilapan tersebut? Sebenarnya kalau ikutkan logik akal peluang #151 untuk muncul juara sangat tipis. #898 hanya perlu menamatkan perlumbaan di tempat ke-6. Tekanan langsung tiada di bahu beliau dan ini akan mengurangkan kesilapan yang mungkin beliau lakukan. Berbeda dengan #151, tekanan sangat tinggi dan tidak mustahil jika mental tidak kuat kesilapan besar akan dilakukan.

#898 mungkin sudah boleh menempah baju juara Toyo Super Rookie namun pusingan akhir ini macam-macam boleh terjadi. Rookie atau cookie? #151 akan memberikan segala-galanya namun berjayakah untuk turut juga bergelar juara keseluruhan? Bagi peminat superbikes, simpan tarikh ini 1 Disember 2019 di Litar Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *