MSF 2020 BERMULA!

 

Api yang malap harus dinyalakan balik. Api yang malap sudah lama tidak membakar semangat dan ego para peserta MSF. Dengan terbitnya artikel ini, bermakna gendang perang MSF dipalu. Panggilan buat para pahlawan Malaysia untuk bertempur. Gelanggang pencak dibuka. Gelanggang yang turut menarik perhatian seluruh nusantara meskipun ada memandang sinis dengan mengatakan gelanggang ini satu langkah kebelakang, namun gelanggang ini hanya penempur sebenar sahaja akan berdiri megah sebagai pemenang. Inilah fakta MSF.

MSF Superturismo

Dengan wujudnya beberapa peraturan baru yang diperkenalkan, maka ianya bakal mengubah corak pertempuran yang sedia. Antara yang paling menarik perhatian ada beberapa kategori yang telah diwajibkan berat minimum antara Super 1500 NA, Street 1600, Super Street, Ultimate 1800 dan Ultimate Touring. Dengan wujudnya berat minimum dijangkakan padang pertempuran akan semakin sengit. Bagi penganjur, show yang baik merupakan tarikan utama penonton.

Malah, bagi kategori Ultimate bilangan lap juga ditambah. Ini juga sekaligus memberikan satu persembahan yang menarik. Sesuai dengan perkataan ultimate, maka segala-galanya harus maksimum. Paling mendapat tumpuan sekarang ini adalah kategori Ultimate Touring. Kategori ini telah menarik minat para pembalap dari seberang atau lebih tepat dari Indonesia.

MSF Superbikes

Bagi peminat sukan 2 roda yang sukakan kepantasan yang menakjubkan. MSF Superbikes semakin melebarkan sayapnya. Kini telah mendapat perhatian Desmo Owners Club Malaysia (DOCM) apabila mereka akan berentap di dalam kategori khas Desmo Cup, ini sekaligus kita dapat menyaksi kepelbagaian jenis motorsikal supebikes yang bakal beraksi pada 15 Mac 2020 nanti.

Kategori-kategori di dalam MSF Superbikes juga diberikan nama baru agar ianya bersesuaian dengan corak kepantasan yang sememangnya menjadi GP Master, GP Pro, GP X, Super Rookie dan All Star. Ini sekaligus menaikkan mood para peserta kearah persaingan yang lebih sengit dan meriah.

Kita seperti biasa akan menghurai kategori demi kategori dan meramalkan apakah bentuk pertempuran yang bakal terjadi pada pusingan pertama ini pada 15 Mac 2020 di Litar Sepang. Standby!