Saga Cup : Luar Biasa Dan Mendebarkan

msf-sagacupgrading

33 buah kereta sudah cukup memberikan satu signal jelas bahawa kategori ini sudah menjadi fenomena. Malah dari sumber-sumber yang kami dapat ada beberapa buah kereta lagi masih dalam proses dan cuba sebaik mungkin untuk muncul pusingan berikutnya. Tapi percayalah kategori ini telah menghimpun pahlawan-pahlawan hebat dari zaman trek Batu Tiga yang pasti membuatkan kita tak senang duduk. Kita ada Keifli Othman, Tengku Djan, Boy Wong, Faidzil Alang, Roland Ooi, S.Ramesh, Tommy Lee dan Admi Shahrul dan ramai lagi. Ini adalah senarai-senarai yang kita perolehi. Bersiap – sedia aksi mereka yang sangat-sangat hebat.

Suka atau tidak nampaknya pertempuran dalam kategori ini semakin “ganas”. Pusingan kedua kita dapat menyaksikan pertempuran yang sangat-sangat hebat bagi merebut tempat pertama yang melibatkan Tengku Djan, Fariqe dan Boy Wong. Tak kurang juga bagi mereka yang berebut tempat ke-4 dan ke-5 boleh dikatakan persaingan sangat-sangat sengit.

Dari sudut pungutan mata ternyata #711 Fariqe Hairuman dengan konsisten telah menduduki tempat pertama dan berada dalam keadaan sangat selesa. Tempat kedua pula milik  #1 Joshua Thiran tapi mengekori beliau sangat rapat adalah  #187 Tengku Djan dan mereka berdua hanya dibezakan 10 mata sahaja. Dari atas kertas kelebihan berpihak pada Tengku Djan jika dilihatkan prestasi beliau pada pusingan kedua. Tapi umum diketahui pusingan enduro macam-macam boleh terjadi dan tidak mustahil Joshua Thiran mampu mengekalkan tempat kedua.

Hazizi #184 misi getir tapi tiada yang mustahil!!
Hazizi #184 misi getir tapi tiada yang mustahil!!

Alif Hamdan #72 juga tidak mustahil untuk menduduki tempat kedua meskipun pada pusingan kedua baru-baru ini gagal menamatkan perlumbaan kerana terlibat dengan kemalangan. Apa yang menarik beliau akan bergandingan dengan Lai Wee Sing sudah pasti menjanjikan satu persaingan yang hebat. Paling mengejutkan adalah M.Hazizi Ayub #184 juga berkongsi mata dengan Alif Hamdan namun beliau harus memastikan podium kerana kedudukannya bila-bila masa boleh tergugat. Memburu tempat kelima juga tidak lain tidak bukan Boy Wong #78 dan pusingan kedua menduduki tempat ketiga dan mencatatkan masa 2m53s. Bersediakah Hazizi bertahan?

Apa pun perlumbaan kategori saga ini sangat-sangat epik. Percayakah anda Great Grandmaster Yoda aka YS Khong juga turut serta dalam pusingan kali ini? Pelumba yang sangat otai kembali yang telah melangkaui 2 generasi dan bersedia memberikan segala-galanya! Tolong simpan tarikh ini, 16-10-2016 bakal menjadi tarikh keramat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *