Wajah Baru, Pasukan Baru, Pesaing Baru Bagi Proton 1800 NA

p1800bakarr

Umum diketahui Proton 1800 NA juga tidak kurang hebatnya dengan aksi. Dengan kekuatan enjin 4G93NA mereka bersaing dengan hebat dan ada ketikanya kepantasan mereka mengatasi kereta-kereta yang bersaing didalam kategori Street Tuned dan SuperStreet. Ramai pelumba-pelumba hebat yang bersaing dalam kategori ini. Dari utara hingga ke Johor kesemuanya hebat-hebat belaka.

Nicholas Aw #73 merupakan juara bagi tahun 2016 dan sudah semestinya bakal menjadi tumpuan umum dalam kategori ini. Beliau akan bergandingan dengan Took Sheng Ping dan bersama pasukan baru SPV Automotive. Ini sudah pasti menarik perhatian kita apakah mampu Nicholas Aw dan SP Took mempertahankan kejuaraan dengan pasukan baru dimana lawan terdekat mereka Lau Seng Kiat sudah bersiap-sedia untuk menebus kekecewaan 2016. Mereka berdua dibezakan hanyalah 20 mata sahaja. Lau Sengkiat yang kurang menyerlah pada pusingan enduro membolehkan Nicholas Aw menjarakkan kedudukan. Kekecewaan beza 20 mata beza merupakan satu motivasi tertinggi buat Lau Sengkiat sekarang ini. Bagi pelumba berpengalaman, 2017 akan dijadikan medan merampas kejuaraan ini.

Mampukah Lau Seng Kiat merampas kejuaraan?
Mampukah Lau Seng Kiat merampas kejuaraan?

Lau Sengkiat #112 : “Tahun ini kita mesti nak menang juara keseluruhan. Tahun lepas beza mata dengan Nicholas Aw pun sikit sangat. Kita pakai apa yang ada pada tahun lepas dan perbaiki beberapa masalah kecil. Jadi kita akan berikan yang terbaik untuk tahun 2017.”

Kita menjangkakan saingan sengit antara Nicholas/SP Took dan Lau Seng Kiat. Mereka yang mempunyai catatan masa yang hampir sama sudah pasti akan bersaing dari lap pertama hingga ke lap penghabisan. Banyak juga muka-muka baru yang bakal menyertai kategori ini sebagai contoh Mohd Zakardi Kamaruddin, Azizi Selam juara Kei Street 2015, dan ramai lagi. Mungkin pertama kali tapi siapa yang tahu mungkin ada kejutan dari pihak mereka? Jangan sesekali memandang rendah dengan kemampuan orang baru kerana kita tidak tahap mana kemampuan mereka.

Simpan tarikh ini dalam kalendar anda, 26-2-2017 di Litar Antarabangsa Sepang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *