Terpantas Dalam Sejarah MSF, Seng Kiat Bersedia Menakluk

sengkiat

Catatan masa 2m39s adalah satu catatan masa terpantas dalam sejarah MSF Racing. Catatan masa sememangnya mengejutkan ramai pihak dan sekaligus mengukuhkan tempat pertama bagi kedua-dua saringan. Proton 1800 telah mencapai satu taraf yang sangat berlainan.

Bersedia untuk menakluk Proton 1800 NA!
Bersedia untuk menakluk Proton 1800 NA!

Lau Seng Kiat #112 pada tahun 2016 bermula kurang cemerlang, namun bingkas bangkit untuk mengejar kejuaraan namun terpaksa akur dengan Nicholas Aw #73 yang konsisten. Tahun 2017 beliau bermula dengan sangat garang seolah-olah memberi amaran kepada yang lain, tahun ini Seng Kiat mahu menakluk kategori ini. Dengan jarak 26 saat meninggalkan para peserta lain sudah cukup memberi gambaran, beliau sangat serius kali ini. Jika diikutkan keputusan pusingan pertama seolah-olah tiada harapan untuk para peserta lain mengejar kepantasan beliau.

Tapi awas, masih ada 5 pusingan lagi. Selagi mana belum tiba ke pusingan akhir nanti selagi itulah peluang mana-mana peserta mampu menjadi juara. Nicholas Aw, Azizi Selam, K.Perajun antara mereka yang berjaya mencatatkan masa secara purata 2m46s dan sudah pasti mereka akan bangkit untuk mengejar kepantasan Lau Seng Kiat. Tapi buat masa sekarang jika beginilah rentaknya ianya akan mengesahkan bagi kategori ini harus bersiap-sedia dengan penakluk baru.

Save the date 16-4-2017 di Litar Antarabangsa Sepang. Siapa mampu menjadi penghalang Seng Kiat? Siapakah yang mampu menidakkan misi  Seng Kiat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *