13 Pertempuran Yang Wajib Disaksikan (Pusingan Ketiga)

bakarline

Pusingan kedua 2017 telah pun berlangsung dengan jayanya. Banyak kejutan diberikan, orang yang tidak disangka menjadi juara, kontroversi jangan cakap dah terang lagi bersuluh. Senarai ini akan kita perbaharui jika jangkaan itu meleset pada satu-dua pusingan.

1. #32 vs. #378 vs. #122

s152

Jujur kami katakan, kami tidak menyangkakan kemunculan Logesvaran aka Sing Boy. Pusingan pertama catatan masa terpantas hanyalah 2m53s sahaja dan terpaksa berhempas – pulas untuk menduduki tempat keempat. Namun pada pusingan kedua kebangkitan yang sangat luar dengan catatan masa 2m48s sekaligus membolehkan beliau mencabar dua kereta ini. Meskipun #378 dan #122 mengalami masalah mekanikal tapi ini merupakan satu isyarat yagn sangat jelas, pertempuran ketiga mereka ini akan menjadi satu pertempuran yang sangat epik, atau mungkin ada pesaing lain yang akan muncul?

2. #21 vs. #Angin vs. #72 vs. #168

bakarline3

Masih mengekalkan status-quo. Boy Wong akan sekali lagi bertempur dengan angin. 7 saat meninggalkan peserta lain sudah cukup mengiakan angin adalah musuh utama Boy Wong dan paling menarik perhatian apabila beliau mencatatkan masa terpantas 2m50s bagi sebuah Proton Saga! Peningkatan Jay Choong dari SMRT yang cuba menyaingi kepantasan Boy Wong amat menarik. Jika beliau berjaya mengekalkan momentum dan memperbaiki satu dua bahagian tidak mustahil mampu mengekori secara rapat Boy Wong. Juara 2016 Alif Hamdan pada pusingan kedua terlibat dengan kemalangan dan sekaligus mencacatkan sedikit pungutan mata, tapi dari sumber diperolehi jentera #72 sudah berjaya diperbaiki dan dikatakan lebih padu dari sebelum ini. Menarik bukan?

3. #343 vs. #146 vs. #170

bakarline4

#343 kendalian Hendra/Noorafizi dari SpeedJump Racing semakin lama semakin pantas. Catatan masa 2m52s cukup membuktikan mereka adalah tumpuan yang harus ditumpaskan. Kuasa baru yang seharusnya diberikan pujian kerana berjaya memenangi tempat pertama secara dua pusingan berturut-turut. Kebangkitan #146 juga harus diberikan perhatian kerana semakin pantas. Ya tidak dinafikan dengan jarak 4 saat belum cukup berada di sebelah cermin sisi #343, namun tidak mustahil untuk menyamai kepantasan #343 semakin hampir. #170 walaupun gagal dalam saingan pusingan kedua tapi masih lagi dalam radar mencabar si juara #343. Bagaimana yang lain, anda masih dalam radar tapi pusingan ketiga harus dibuktikan dahulu!

4. #111 vs. #232 vs. #501 vs. #101 vs. #786 vs. #710 (4AGE Limited ke?)

st16

#111 sekarang menjadi tumpuan. Pantas dan berjaya memenangi tempat pertama dengan satu jarak yang boleh dikatakan agak selesa berbanding pesaing terdekat. #232 Kenny Lee menduduki tempat kedua setelah bertempur dengan hebat #501 Azri/Sutan. Bagi tempat ketiga peningkatan luar biasa Mohamad Afiq/Mohamad Afandi dari FTuned Racing Team juga harus diberikan perhatian, meskipun belum mampu mencabar yang lain namu awas, jika mereka memperbaiki satu dua bahagian tidak mustahil mereka boleh menjadi pencabar hebat.

5. #60 vs. Angin vs. #30 vs. #800 vs. #49

streettuned

Gandingan JDM Racing telah kembali mengganas pada pusingan kedua. Ya, angin menjadi musuh mereka. Tiada siapa mampu mencabar lagi buat masa sekarang. Tapi perhatikan peningkatan #30, #800 mereka semakin konsisten dan paling ketara adalah #800 secara konsisten mencatatkan masa 2m43s dan sebagaimana yang kami ramalkan, andai kata #800 mengubah atau perbaiki satu-dua bahagian tidak mustahil mereka mampu mengekori #60.

6. #10 vs. #544 vs. #233 vs. #169

pic 1

Saga Cup Rocco juga semakin menarik. Menarik kerana nombor-nombor yang dinyatakan ini mempunyai catatan masa terpantas yang lebih kurang sama. Secara puratanya kebanyakkannya telah mencatatkan masa 2m57s dan ini sudah pasti menjanjikan satu pertempuran yang sangat-sangat hebat. Dari sudut jangkaan dan mungkin anda tidak setuju, kami menjangkakan #544 dari One Soul Motorsports akan muncul juara bagi pusingan ketiga. Kenapa? Dari kalangan ini mereka terpantas cuma tidak mampu diterjemahkan untuk kedudukan yang lebih baik!

7. #112 vs. Angin 

bakarline8

2m39.075saat, 14 saat tinggalkan pihak lawan. Apa lagi Lau Seng Kiat mahu? Nak tibai SuperStreet?

8.#172 vs. #135 vs. ##363

bakarline9

Ramalan menjadi tepat. Pertempuran klasik antara #172 dan #135 menjadi kenyataan. Perbezaan keseluruhan antara mereka berdua 1.6saat sahaja tapi catatan masa terpantas sama 2m34s. Pertempuran mereka sudah pasti tidak akan terhenti di pusingan kedua dan akan berterusan pada pusingan ketiga. Soalannya siapa mampu bertahan? Perhatikan kemaraan #363 yang menunjukkan peningkatan mendadak. Dengan catatan masa terpantas bagi mereka 2m37s dan perbaiki satu-dua bahagian dan meningkatkan prestasi jentera tidak mustahil menjadi pencabar terdekat mereka berdua.

9. #216 vs. Race Cars 1600

mycil

#216 dah boleh rancang untuk tahun hadapan tukar kategori. Duduk dalam kategori ini tiada siapa mampu mencabar. Misi hatrik dalam untuk merangkul kemenangan pusingan demi pusingan dalam sasaran #216. Mana pergi jentera lain?

10. #312 vs. #330. vs #59

bakarline10

Misi hatrik merangkul kemenangan menjadi sasaran #312. Siapa mampu menggugat? 10saat antara pemenang tempat kedua cukup memberikan satu isyarat jelas, tak mudah untuk mencabar #312. Tetapi andai kata #330 yang memenangi tempat kedua konsisten dan perbaiki satu-dua bahagian mungkin mereka mampu mencabar #312 dan kami yakin mereka akan menjadi semakin bersemangat. Perhatikan juga #59 dari Ftuned Racing Team, mereka juga semakin pantas dan andai kata #330 tidak berhati-hati tidak mustahil tempat kedua berubah tangan!

11. #551 vs. #92 vs. #663

rc1800

Menarik, #551 kendalian Moorthy aka Leon telah berjaya mengungguli tempat pertama dengan jarak 3saat dengan pencabar lain yang boleh dikatakan agak selesa. Okay pencabar baru dah muncul, siapa mampu mencabar #551. #92 mungkin boleh tapi lawan yang dihadapi bukan calang-calang. #663 tidak mustahil boleh menggugat kerana mereka dilihat semakin hampir dengan #92.

12. #45 vs. #444 vs. #404 vs. #440 vs. #500 vs, #550

ARI_5754

Pusingan kedua ya kontroversi, nak beritahu ke? Tak payah lah mari makan bertih jagung (pop corn), okay pusingan ketiga kali ini dijangka paling maut dalam sejarah MSF. Kami menjangkakan persaingan tempat pertama hinggalah ke-5 akan menjadi lebih sukar dari biasa. Tempat pertama jika tidak berhati-hati yang sekarang ini dipegang dengan erat oleh #45, akan beralih tangan. #444 yang tidak muncul pada pusingan kedua akan muncul kembali. #550 yang alami masalah jentera dan masalah kesihatan pada buku lali jika kembali sihat akan menggugat, #500 juga semakin meningkat naik prestasinya, #440 yang dengar perkhabaran sedang melakukan proses naik-taraf dan muka baru #404 dari ProDrag-Evotec yang pertama kali muncul dan mungkin agak terkejut betapa kejamnya permainan  Race Cars Open dijangka mungkin akan dapat menyesuaikan diri dan mungkin mampu mencabar? Tapi apa pun untuk RaceCars Open, persaingan untuk pusingan ketiga memang maut!

13. Mekanik/Handling Engineer VS. Tayar

bakarline13
Handling Setup By Ftuned Racing Suspension

MSF Racing medan para mekanik, pakar chasis, pakar handling perah otak mendapatkan setup terbaik untuk pelanggan mereka. Dari tahun ke tahun dari zaman SNF dan sekarang MSF kami telah mencabar kemahiran mereka. Tahun lepas tayar dari Jepun dan tahun ini tayar antara terbaik di dunia Hankook dari Korea Selatan. Semuanya pasti berubah. Pusingan pertama boleh dikatakan masih waktu mencuba setup yang mana terbaik. Tapi kami yakin pusingan kedua akan berlaku catatan masa yang tidak masuk akal terutamanya dari kategori-kategori Street Car.

Okay siap sedia Malaysia. Litar Antarabangsa Sepang akan kembali menggegar pada 16-4-2017. Real Warriors, Real Racers & Real Racing will be back!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *