#112 Wajib Tempat Pertama, Kenapa?

Mampukah Lau Seng Kiat #112 melebarkan pungutan mata?
Mampukah Lau Seng Kiat #112 melebarkan pungutan mata?

Lau Seng Kiat #112 dari Ngah Motorsports telah mengejutkan ramai pihak. Dengan pemanduan yang sangat bagus dan enjinnya yang cukup-cukup makan nyata memberikan satu tamparan hebat buat mereka yang suka berkaraoke. 2m39s merupakan satu catatan masa terpantas dalam sejarah MSF Racing. Namun dalam mengekalkan rentak kemenangan beliau terkandas di pusingan ketiga baru-baru ini apabila terlibat dengan kemalangan di selekoh pertama apabila melanggar #609 Davy Wong dan memaksa kedua-dua kereta ini menamatkan persaingan dengan lebih awal dan peluang ini diambil dengan baik oleh K.Perajun #140 untuk menduduki tempat pertama.

Jadi kenapa #112 wajib menduduki tempat pertama pada pusingan enduro kali ini. Mengekori rapat Eelan #35 dari VAG Racing. Perbezaan mata antara mereka hanya 60 mata sahaja. Dari sudut atas kertas agak mustahil Eelan mampu memintas Lau Seng Kiat akan tetapi kedudukan mereka boleh menjadi semakin rapat. Bagaimana? Antara perkara yang boleh Eelan harapkan adalah Lau Seng Kiat tidak muncul pada hari perlumbaan dan ini agak mustahil kerana beliau sudah pun awal mendaftar. Harapan kedua mengharapkan agar #112 tidak menamatkan perlumbaan dan ketiga mengharapkan ada yang mampu menduduki tempat pertama. Tapi soalannya kenapa harus ada yang berada dihadapan #112 dan siapa pula yang mampu?

#140 bakal menentukan corak persaingan di pusingan akan datang.
#140 bakal menentukan corak persaingan di pusingan akan datang.

Siapa sahaja yang menduduki tempat pertama sudah pasti membuatkan #35 tersenyum kerana jarak perbezaan mata hatta beliau menduduki tempat ke-3 sekali pun, akan menjadi semakin rapat. Menjelang pusingan ke-5 nanti jarak mata antara #112 dan #35 semakin menipis iaitu 30 mata sahaja. Tidak mustahil kejuaraan kelak akan ditentukan pada pusingan akhir nanti. Siapa yang boleh menduduki tempat pertama? Kami menjangkakan K.Perajun #140 bakal memberikan saingan sangat hebat kepada #112. #140 telah pun berjaya mencatatkan masa 2m40s pada saringan pertama dan berjaya memenangi tempat pertama pada pusingan ketiga baru-baru ini. Jika inilah trendnya dan K.Perajun mengesahkan penyertaannya maka Lau Seng Kiat harus bersiap-sedia memberikan segala-galanya. Tempat kedua harus menjadi musuh ketat buat #112.

Tapi ini enduro, tidak mustahil mereka yang dilihat kurang memberi ancaman sebenarnya mampu menyerlah. Soalnya sekarang siapakah yang akan bergandingan dengan mereka ini? Masih lagi misteri, kita hanyalah boleh menantikan menjelang hari perlumbaan nanti.

Save the date 9/7/2017 di Litar Antarabangsa Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *