Juara Baru Street 1600, Tempat Kedua Menjadi Rebutan

Champione!

Sekalung tahniah pada Kenny Lee #232 dari Kegani Racing kerana telah mengesahkan kedudukan sebagai juara keseluruhan bagi kategori Street 1600 Ltd menjelang selesainya pusingan ke-5. Kenny Lee telah membuktikan konsisten dalam semua aspek membolehkan anda menjadi juara. Konsisten lap time, konsisten menduduki podium, konsisten dalam semua selekoh dan inilah jawapannya untuk menjadi juara keseluruhan.

Meskipun juara telah ditentukan, tempat kedua tidak kurang hebatnya. Sebelum kita mulakan analisa kita, wajarlah kita memberikan penghormatan kepada 4 orang peserta dari 2 pasukan berbeza. Pada tahun 2014, mereka berempat satu-satunya jentera 1.6 yang berentap dalam kategori Street Tuned Ltd yang mana kuasa dan kapasiti enjin jauh lebih besar. Hari ini dari hasil “pengorbanan” mereka kategori Street 1600 Ltd diwujudkan dan telah mendapat penyertaan secara konsisten 12-16 buah kereta. Kali ini, sekali lagi 2 pasukan ini akan berentap untuk merebut tempat kedua kejuaraan.

Hazlami/Muslim #101 dari Wakos Garage sedang menduduki tempat kedua kejuaraan dengan pungutan mata 995 mata. Mengekori sangat rapat adalah gandingan Faiz Sulaiman/Fadhlan #129 dari RDA Garage dengan pungutan mata sebanyak 975 mata sahaja. Perbezaan antara mereka berdua hanyalah 20 mata sahaja. Sangat tipis kedudukan  #101. Bagi gandingan dari WAKOS Garage ini untuk terus mencengkam kedudukan tempat kedua dengan selamat, mereka harus menduduki satu kedudukan atas daripada gandingan #129. Begitu juga #129 juga wajib menduduki satu kedudukan atas daripada gandingan #101 jika mahu merampas tempat kedua. Dari atas kertas terutamanya dari sudut pungutan mata nampak seimbang. Akan tetapi jika dilihatkan keputusan saringan demi saringan bagi setiap pusingan agak memihak kepada #129 kerana mereka jarang sama sekali gagal menamatkan pelumbaan dalam mana – mana saringan, manakala #101 pernah gagal menamatkan perlumbaan dan agak kerap dalam saringan terakhir untuk penentuan pemenang mereka ada ketikanya merosot walaupun saringan pertama amat hebat berbanding #129.

Siapakah yang mampu membawa pulang tempat kedua kejuaraan? Pertempuran melibat dua pasukan pencetus kategori Street 1600 Ltd pasti menggamit memori SNF. Pertempuran klasik ini wajib kita saksikan. Siapakah yang terlebih dahulu melintas garisan penamat dengan kibaran bendera hitam putih? Setiap saringan amat berharga bagi mereka.

Save the date 2 dan 3/12/2017! Bersiap – sedia untuk pertempuran akhir yang bakal dilangsungkan di Litar Sepang. Grandstand adalah percuma!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *