MSF Superbikes : Super 1000 Grp B, Khabar Angin Saingan Sengit

Deruman ekzos yang bingit, 13,000rpm, kelajuan hampir 280km/h, catatan masa terpantas dalam lingkungan 2m21s. Bagi peminat perlumbaan superbikes, jangan lepaskan peluang. Simpan tarikh ini, 14-4-2019 di Litar Sepang. Harga tiket RM 35.00 sahaja untuk semua akses manakala grandstand adalah percuma.

Penyandang kejuaraan #996 Steven Chua dari Spartan Concept Store sudah mengesahkan penyertaan kali ini. Ini bererti dengan rekod sebagai juara tahun 2018 sudah pasti beliau menjadi sasaran pelumba yang lain. Beliau bukan dikalangan yang terpantas tetapi kekuatan #996 ialah konsisten di setiap pusingan dan setiap pusingan itu mengutip mata yang sangat berharga dan kualiti sedangkan pesaing lain ada satu atau dua pusingan gagal sama sekali mengutip mata penuh, dan inilah kekuatan utama #996.

Baik siapa yang dijangka memberikan saingan yang sengit buat juara 2018? #236 Mohd Hairi dari Motogear Kajang, #137 Mohd Hafiz Abd Rahim dari Cyclework Service, #7 Falique dari Allstars Racing Team, #174 Zulazmyalif dan #133 Mohd Fitri Imran Yess Motorsports Racing Team. Dari rekod yang ada dan juga sumber – sumber terdekat, kekuatan mereka sangat seimbang. Di saat kejuaraan dibuka semula umpama padang rata, masih lagi samar – samar siapa yang dijangkakan akan memberi “pukulan” awal untuk memaklumkan kejuaraan ini dipandang serius.

Anda peminat perlumbaan motorsikal jangan pergi kemana-mana pada tarikh 14-4-2019 nanti. Tiket RM 35.00 sahaja. Mari kita tengok aksi membara ini di Litar Sepang nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *